View: 8570|Reply: 0
|
Milan tamatkan perjalanan Newcastle di UCL
[Copy link]
|
|
PEMAIN Newcastle akur tewas kepada Milan. -FOTO Reuters
Newcastle: Newcastle dilanda kekecewaan selepas Samuel Chukwueze menjaringkan gol lewat perlawanan menyebabkan Magpies tersingkir dari saingan Eropah apabila tewas 1-2 kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Begitupun kemenangan itu tidak cukup membawa Milan yang mara ke separuh akhir musim lalu ke pusingan kalah mati berikutan keputusan seri 1-1 Paris Saint-Germain di tempat lawan dengan Borussia Dortmund, ia sudah cukup buat juara Perancis itu mengesahkan kedudukan di tempat kedua Kumpulan F.
Tetapi Milan sekurang-kurangnya meraih hadiah saguhati apabila layak ke Liga Europa berbanding Magpies yang beraksi buat kali pertama di Liga Juara-Juara dalam tempoh 20 tahun yang berakhir dengan kekecewaan.
Berdepan dengan senarai kecederaan yang panjang, keletihan menjejaskan persembahan Newcastle yang kini tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.
"Kami memberikan segala-galanya untuk perlawanan itu. Saya tidak boleh meminta apa-apa lagi (dari segi) komitmen, usaha dan tenaga fizikal. Malangnya keputusan yang kami ingini tidak berlaku," kata pengendali, Newcastle Eddie Howe.
"Mungkin bukan teknikal terbaik kami tetapi kami mencipta peluang pada malam ini. Kami sangat kecewa gagal meraihnya."
Howe terpaksa menyenaraikan 10 pemain yang sama untuk lima perlawanan sebelum ini kerana tidak mempunyai pilihan dan dia menyedari akan kekurangan kekuatan dan kegagalan pasukannya bermula dengan baik dalam aksi kumpulan.
Selepas seri 0-0 di Milan, Newcastle membelasah PSG 4-1 di tempat sendiri.
Tetapi mereka hanya mendapat satu mata daripada empat perlawanan terakhir mereka untuk menduduki tangga tercorot kumpulan.
"Nilai skuad, itulah yang mendedahkan kami," tambah Howe. "Kami tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan skuad yang kami cipta, itu adalah kekecewaan terbesar bagi kami."
Milan juga dibelenggu krisis kecederaan dengan jurulatih Stefano Pioli turut gagal mengambil peluang lebih awal dalam kumpulan.
"Kami kecewa kerana gagal ke peringkat seterusnya di Liga Juara-Juara," kata Pioli.
"Kami tahu kumpulan itu sukar tetapi saya percaya kami berhak mendapat lebih banyak - kami sepatutnya mengambil peluang kami dalam perlawanan lain."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-newcastle-di-ucl |
|
|
|
|
|
|
| |
|