View: 31366|Reply: 0
|
Haaland kembali turun latihan esok - Guardiola
[Copy link]
|
|

Penyerang Manchester City, Erling Haaland tidak beraksi ketika menentang Luton Town Ahad lalu kerana kecederaan kaki. – Foto premierleague.com
BELGRADE: Erling Haaland tidak bersama Manchester City bagi aksi Liga Juara-Juara dengan Red Star Belgrade awal pagi esok tetapi dia akan kembali turun berlatih esok, kata pengurus Pep Guardiola.
Haaland tidak beraksi ketika City menang 2-1 di Luton Town Ahad lalu kerana kecederaan kaki, kali pertama pendahulu penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak bermain musim ini.
"Dia akan kembali pada Khamis dan kami akan lihat bagaimana keadaannya," kata Guardiola pada sidang akhbar.
"Saya tidak boleh menjawab (jika dia beraksi Sabtu ini), saya tidak tahu ketika ini. Pada sidang akhbar akan datang saya boleh lebih tahu mengenai keadaannya."
City menang semua lima perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini tetapi dalam EPL, kemenangan ke atas Luton adalah yang pertama selepas empat perlawanan tanpa menang dan Gurdiola ditanya jika beliau berpuas hati dengan persembahan di sebalik keputusan itu.
"Secara umum ya, mungkin boleh lebih baik tetapi mungkin lebih buruk. Persoalan mengenai keputusan yang tidak bagus, ambil yang positif," kata pengurus itu.
"Keputusan bagus seperti hujung minggu lalu, kami sebenarnya boleh bertindak lebih bagus lagi. Kami perlu mencari keseimbangan, jangan terlalu teruja atau pada masa sama jangan terlalu tertekan.
"Kami kalah satu perlawanan dalam enam atau tujuh aksi terakhir dan satu bencana besar. Kami kalah satu perlawanan dan seri yang lain tetapi kami beraksi dengan amat bagus."
Kumpulan G sudah diputuskan dengan City muncul juara meraih 15 mata manakala Red Bull Leipzig di tangga kedua dengan sembilan mata, kedua-duanya layak ke pusingan 16 terakhir.
Red Star di tangga tercorot dengan satu mata, memberi peluang kepada Guardiola untuk mungkin merehatkan sesetengah pemain utama bagi perlawanan awal pagi esok. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ihan-esok-guardiola |
|
|
|
|
|
|
| |
|