CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31258|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penggal kepala penyelia, buruh Bangladesh terlepas hukuman gantung

[Copy link]
Post time 13-12-2023 05:53 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Seorang buruh binaan warga Bangladesh terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh rakan senegaranya dengan memenggal kepala mangsa, enam tahun lalu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memerintahkan Shohel, 38, menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 11 Februari 2017.

Hakim Abg Iskandar, bagaimanapun, turut mengesahkan sabitan Shohel kerana membunuh.

Shohel didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Oktober 2019 kerana membunuh Polaus Kumar, 29, seorang penyelia, di sebuah pangsapuri yang dalam pembinaan di Alam Jaya, Jeram, Kuala Selangor antara jam 3.30 petang dan 4.40 petang pada 9 Februari 2017.



Mahkamah Rayuan menolak rayuannya 2 November tahun lalu.

Mengikut fakta kes, mayat tanpa kepala ditemukan tergantung di tingkat 10 sebuah bangunan pangsapuri dan kepala mangsa dijumpai di tingkat bawah pangsapuri itu.

Selepas penanahannya, Shohel membawa polis ke tempat dia menyembunyikan kapak dan pakaian yang dipakainya semasa kejadian itu.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai memaklumkan mahkamah bahawa Shohel akan menarik balik rayuannya terhadap sabitan kesalahannya dan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan mengemukakan hukuman alternatif.

Peguam Shohel, Muhammad Amirrul Jamaluddin meminta mahkamah meringankan hukuman mati anak guamnya kepada penjara berikutan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberi budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara.

Beliau berkata pembunuhan itu tidak dirancang tetapi berlaku secara tiba-tiba disebabkan oleh provokasi mangsa.

Shohel turut diwakil peguam Afifuddin Ahmad Hafifi.

https://www.bharian.com.my/berit ... pas-hukuman-gantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.663093 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list