View: 1791|Reply: 0
|
Kante, Benzema julang Al-Ittihad
[Copy link]
|
|
Penyerang Al-Ittihad, Karim Benzema (kiri) cuba melepasi kawalan seorang pemain Auckland City pada aksi pusingan pertama Piala Dunia Kelab di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah awal pagi tadi. – Foto AFP
JEDDAH, Arab Saudi: Pasukan diwakili Karim Benzema, Al-Ittihad melepasi pusingan pertama Piala Dunia Kelab dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Auckland City awal pagi tadi.
Menerima sokongan padu di laman sendiri di Jeddah, juara Liga Pro Saudi, Al-Ittihad mudah mengatasi kelab New Zealand, Auckland City, pemenang Liga Juara-Juara Oceania.
Penyerang Brazil, Romarinho, N'Golo Kante dan Benzema meledak gol pada babak pertama untuk menempah tiket ke pusingan kedua, yang mana mereka akan berdepan Al-Ahly dari Mesir pada Jumaat ini.
Penguasaan kelab Saudi itu terserlah apabila pada minit ke-29, Romarinho yang menyambut satu bola muntah melakukan rembatan yang tertampan oleh seorang pertahanan Auckland sekali gus mengelirukan penjaga gol.
Al-Ittihad menggandakan kedudukan lima minit kemudian apabila Kante melakukan rembatan voli kaki kanan susulan satu sepakan sudut yang gagal dikeluarkan dengan kemas.
Pertembungan itu secara efektifnya berakhir selepas 40 minit apabila Benzema, yang memenangi kejohanan itu lima kali bersama Real Madrid, mudah menampan masuk selepas gerakan bijak di sayap kanan membabitkan Kante dan Muhannad Al-Shanqeeti. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-julang-al-ittihad |
|
|
|
|
|
|
| |
|