CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8476|Reply: 0

[Johor] Ibu mengaku subahat dengan suami rogol anak tiri

[Copy link]
Post time 11-12-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode

Muar: Suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat dengan suami merogol anak kandung kononnya mahu merawat mangsa diganggu makhluk halus, dua tahun lalu.

Wanita berusia 41 tahun terbabit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan suaminya yang dituduh merogol anak tiri berusia 17 tahun pada 2021.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B yang hukuman sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.



Manakala suaminya yang berusia 43 tahun pula membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol anak tiri.

Jika sabit kesalahan, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta 10 kali sebatan.



WANITA dibawa keluar selepas mengaku subahat dengan suami rogol anak kandung di Segamat, dua tahun lalu. FOTO Alias Abd Rani

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Serentak dengan itu, mahkamah menetapkan 30 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu selain sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga laporan perubatan berkaitan kes suaminya.

Mahkamah juga memutuskan reman terhadap kedua-dua tertuduh dilanjutkan mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ami-rogol-anak-tiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list