CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4315|Reply: 0

Kehadiran Messi beri impak luar biasa - Garber

[Copy link]
Post time 9-12-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

GARBER mengakui Messi membuatkan peminat MLS melonjak. FOTO AFP

Columbus: Pesuruhjaya Major League Soccer (MLS), Don Garber berkata liga berkenaan menikmati 'tahun transformasi' dengan memuji ketibaan Lionel Messi dan perjanjian penyiaran dengan Apple TV yang di luar jangkaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Amerika Utara akan menjadi 'pusat' sukan bola sepak dengan penganjuran Piala Dunia, Copa America dan Piala Dunia Kelab Fifa, Garber mengakui keadaan itu membuatkannya 'sakit kepala'.

"Lionel Messi mempunyai banyak pilihan untuk episod seterusnya dalam karier bola sepak ikoniknya. Keputusannya untuk menyertai MLS tidak boleh diperkatakan secara berlebihan," kata Garber.

"Seorang yang pernah menjuarai Piala Dunia, pemenang Ballon d'Or lapan kali bermain dalam liga kami. Kami bukan hanya sebahagian daripada perbualan global sukan tetapi salah satu cerita terbesar di dunia, pastinya salah satu cerita terbesar musim panas ini," tambah Garber.​



"Ketibaan Messi menyaksikan perjanjian penstriman global 10 tahun baharu dengan Apple TV bermakna lebih ramai peminat menonton permainan MLS di sini dan di seluruh dunia berbanding sebelum ini," kata Garber, tanpa mendedahkan jumlah penonton keseluruhan daripada Apple.

MLS juga menyaksikan peningkatan jumlah peminat di stadium di seluruh negara dengan derby antara Los Angeles FC dan Los Angeles Galaxy mencatatkan rekod liga 82,110 penonton ke Rose Bowl pada 4 Julai.

Garber berkata terdapat rekod 'hampir 12 juta peminat' pada perlawanan MLS sepanjang tahun dan turut memuji Piala Liga baharu, yang diadakan bersama kelab dari Liga MX Mexico, sebagai 'kejayaan yang memberangsangkan'.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-luar-biasa-garber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.493915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list