CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30117|Reply: 0

[Kedah] JAS Kedah perlu pakai PPE untuk kerja inventori di premis terbakar

[Copy link]
Post time 8-12-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode
JAS Kedah perlu pakai PPE untuk kerja inventori di premis terbakar

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
08 Disember 2023   01:47pm








Kerja-kerja inventori buangan terjadual diiteruskan di tiga premis yang terlibat kebakaran di Bukit Selambau,Sungai Petani, di sini, pada 3 Disember lepas.



ALOR SETAR - Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk masuk ke tiga premis terlibat kebakaran di Bukit Selambau,Sungai Petani, di sini, pada 3 Disember lepas.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, ia berikutan keadaan dalam premis masih lagi tercemar, sekali gus bagi mengelakkan kakitangan terhidu gas-gas toksik ketika meneruskan kerja inventori buangan terjadual di premis terlibat.



Beliau menambah, kerja-kerja inventori menyeluruh itu dimulakan selepas Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah selesai menjalankan siasatan punca kebakaran.

"Secara umumnya, premis-premis ini menempatkan pelbagai buangan seperti sekerap logam, buangan elektrik dan elektronik, bateri lithium, transformer serta asid terpakai.



"Sehubungan itu, persampelan tambahan akan turut dijalankan jika perlu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab (kiri) meninjau premis terlibat dalam kebakaran di Bukit Selambau,Sungai Petani, di sini, pada 3 Disember lepas.




Beliau menambah, kerja-kerja juga perlu dilakukan dengan berhati-hati dan perlu dihentikan sekiranya hujan kerana terdapat bahan-bahan seperti bateri lithium yang masih boleh bertindakbalas dan meletup sekiranya terkena air.

Sharifah Zakiah memaklumkan, premis-premis yang beroperasi tanpa kelulusan ini tidak mengikut spesifikasi penstoran bahan buangan toksik berbahaya yang ditetapkan oleh JAS.


Jelas beliau, percampuran bahan buangan yang tidak terurus dan tidak serasi juga berpotensi menyebabkan bahan-bahan bertindakbalas, meletup atau menyebabkan kebakaran.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, premis-premis berlesen dengan JAS diwajibkan menggunakan khidmat orang berwibawa bagi mengawasi operasi premis.

"Premis-premis berlesen juga tertakluk kepada keperluan empat kali pemeriksaan wajib setahun oleh JAS selain perlu mengemukakan Laporan Audit Alam Sekitar oleh pihak ketiga sekurang-kurangnya sekali setahun.


"Premis juga tertakluk kepada keperluan memperbaharui lesen setiap tahun, yang mana lesen boleh digantung atau tidak diperbaharui sekiranya tidak mencapai tahap pematuhan yang memuaskan," katanya.

Tambah Sharifah Zakiah, semua pengeluar buangan dinasihatkan memastikan buangan terjadual hanya dihantar ke premis berlesen dan mengaudit premis mengambil buangan.

"Ia bagi memastikan semua buangan yang diambil sampai ke destinasi dan diproses atau dilupuskan mengikut kaedah yang dibenarkan JAS," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056444 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list