CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3791|Reply: 0

TMJ periksa padang SNBJ ketika sesi latihan JDT

[Copy link]
Post time 8-12-2023 08:21 AM | Show all posts |Read mode
TMJ periksa padang SNBJ ketika sesi latihan JDT


TUNKU Ismail (dua dari kanan) membuat pemeriksaan padang ketika sesi latihan skuad JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. FOTO ASYRAF HAMZAH


Kuala Lumpur: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir melakukan 'sport check' mengejut untuk melihat keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.

Pemeriksaan itu dilakukan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika anak buah Esteban Solari menjalani sesi latihan rasmi menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) malam esok.

Hasil tinjauan Arena Metro menyaksikan Tunku Ismail turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.

Tunku Ismail dilihat memeriksa beberapa bahagian terutama di tengah padang yang dilaporkan tidak rata hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain dalam aksi final itu.

Malah kelihatan TMJ meluangkan masa hampir 20 minit dan sempat beramah mesra bersama pemain serta barisan jurulatih di tengah padang SNBJ itu.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan permukaan padang tidak bersedia lagi untuk 'menyambut' aksi final Piala Malaysia membabitkan pertembungan skuad Penyu dan Harimau Selatan itu.

Terdapat dua bahagian yang dilihat bertampal dan tidak rata terutama di bahagian tengah padang dan belakang padang di sebelah kanan dari arah tempat duduk kenamaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.150431 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list