View: 7017|Reply: 7
|
Dibunuh Bapa Sendiri, Mayat Empat Beradik Membusuk Atas Katil
[Copy link]
|
|
Misteri bau busuk di sebuah rumah di Indonesia terbongkar selepas penemuan mayat empat kanak-kanak yang sudah membusuk di atas katil.
Liputan6 melaporkan, kesemua mangsa merupakan adik-beradik dan keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh oleh bapa kandung mereka.
Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek dikatakan sengaja meninggalkan mayat anak-anaknya di atas katil sehingga keadaan mayat tersebut membusuk.
Foto: Tribun Jateng
Sumber mengatakan suspek cuba untuk membunuh diri selepas mendapati anak-anaknya itu sudah tidak bernyawa namun gagal sebelum suspek ditemui dalam keadaan terlentang bersama pisau di tubuhnya.
Mangsa yang berjaya diselamatkan kini masih mendapatkan rawatan di hospital. Difahamkan, isteri suspek turut dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat didera oleh suspek.
Pihak polis turut menemukan ayat ‘Puas Bunda Tx For All’ di lokasi kejadian yang dipercayai ditulis oleh suspek.
Hasil siasatan awal mendapati, motif kejadian mungkin disebabkan masalah kewangan memandangkan suspek sudah tujuh bulan tidak membayar sewa rumah. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm dlm citer seram amityville je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la mental...ganas pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Punai kau tu kena potong.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|