CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8258|Reply: 0

[Kedah] Pelupusan sisa sawit dekat lombong pasir dikhuatiri cemari Sungai Muda

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek (kanan) ketika melakukan tinjauan bersama penduruk terhadap kawasan lombong pasir Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri di sini yang menjadi tempat membuang sisa kelapa sawit sejak dua bulan lalu.NSTP/Noorazura Abdul Rahman

SUNGAI PETANI: Penduduk Kampung Ekor Lubuk dekat Sidam Kiri di sini, melahirkan rasa bimbang terhadap aktiviti membuang sisa kelapa sawit ke kawasan lombong pasir berdekatan, sejak dua bulan lalu akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan air terhadap Sungai Muda.

Penduduk, Abdullah Ismail, 73, mendakwa sisa kelapa sawit yang ditambak di tepi lombong kampung berkenaan dibawa dari Seberang Perai, Pulau Pinang.

"Kawasan lombong pasir ini dipercayai milik individu, namun apabila terdapat aktiviti melonggok sisa sawit di sini, kami penduduk bimbing akan berlaku pencemaran daripada sisa sawit terutama pada musim hujan sekarang.

"Malah air daripada sisa sawit boleh mengalir ke Sungai Muda berhampiran dan kami khuatir akan menyebabkan pencemaran yang teruk kepada ekosistem sungai dan sumber air domestik," katanya ketika ditemui di kawasan berkenaan di sini, hari ini.

Abdullah yang juga seorang petani, mendakwa sisa kelapa sawit yang semakin banyak itu turut dikhuatiri menyebabkan ikan di dalam lombong mati beberapa minggu lalu sehingga nelayan darat tidak berani menangkap ikan di situ.

"Mungkin juga sisa minyak jentera yang meratakan sisa sawit turut dibuang ke dalam lombong di sini, jika tiada pemantauan ia boleh menyebabkan keadaan yang lebih buruk," katanya.

Penduduk, Saad Hussin, 57, mendakwa melihat sendiri beribu ekor ikan mati di dalam lombong pada 20 November lalu selepas sisa sawit mula dibuang ke situ pada 2 Oktober lalu.

Dakwanya, aktiviti lombong pasir di kawasan itu dijalankan sejak 1980-an dan pernah berhenti beberapa kali dan kali terakhir adalah pada Ogos lalu.

"Saya bimbang aktiviti lombong pasir ini akan menyebabkan hakisan di tanah saya, hanya tinggal beberapa meter lagi akan sampai ke tanah saya, sepatutnya mereka perlu henti pada jarak 10 meter mengikut akta tanah.

"Saya sudah buat aduan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Ahli Parlimen Sungai Petani.

"Namun sehingga kini tiada tindakan diambil, saya khuatir aktiviti ini akan menyebabkan hakisan dan pencemaran sungai jika tiada pemantauan pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bau, Wong Bau Ek, mengakui pemantauan di lokasi kejadian mendapati terdapat longgokan sisa kelapa sawit dibiarkan berdekatan bekas lombong di kampung berkenaan.

Katanya, apa yang menjadi kebimbangan ialah kesan pembuangan sisa berkenaan yang dikhuatiri mengundang pencemaran air dan udara.

"Kawasan longgokan ini terletak bersebelahan dengan sungai dan tanah persendirian, kalau mereka tambun di kawasan persendirian tak jadi masalah tetapi kawasan ini berdekatan sungai takut pencemaran.

"Kita kena kenal pasti juga sama ada sisa sawit sahaja atau ada bahan buangan lain seperti sisa toksid sehingga boleh tercemar berikutan terdapat loji air di bawah sana yang kemungkinan mendatangkan risiko sekiranya ia berbahaya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut akan mengetengahkan isu ikan mati di kawasan lombong agar siasatan dapat dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, perkara itu akan dibawa ke pihak berkuasa seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah dan Tanah dan lain-lain untuk diambil tindakan sekiranya perbuatan itu menyalahi undang-undang.

"Saya sendiri telah bercakap dengan kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang turut hadir ke lokasi bagi melakukan pemantauan setelah melihat aduan dari laman sosial Facebook semalam," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut akan mengenal pasti pihak bertanggungjawab sebelum tindakan selanjutnya diambil.
https://www.bharian.com.my/berit ... atiri-cemari-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13396 Replies : 50
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3375 Replies : 20
MidJourney: AI Yang Mencipta Seni Digital Berdasarkan Arahan Teks
YteeMidJourney: AI Yang Mencipta Seni Digita
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202801 Replies : 4828
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12364 Replies : 193
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11816 Replies : 15
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14467 Replies : 85
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 12343 Replies : 22
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8656 Replies : 35
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17164 Replies : 81

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.394451 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list