CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4413|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kajian tentukan keperluan aktifkan semula landasan kereta api Seremban-Port Dickson

[Copy link]
Post time 6-12-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai semasa sesi perbahasan pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15, hari ini. -BERNAMA



SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai keperluan untuk mengaktifkan semula jajaran landasan kereta api yang menghubungkan Seremban ke Port Dickson sepanjang 36 kilometer (km).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, berkata kajian itu penting untuk memastikan sama ada terdapat keperluan landasan kereta api itu yang ditamatkan perkhidmatannya pada 2009, diaktifkan semula.

Beliau bagaimanapun menegaskan setakat ini, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengaktifkan semula jajaran landasan kereta api berkenaan.

"Kita (kerajaan negeri) tidak mempunyai perancangan untuk menghidupkan jajaran landasan kereta api Seremban-Port Dickson itu, namun kajian akan dilakukan sekiranya terdapat keperluan melaksanakannya.

"Kajian itu akan membabitkan beberapa aspek termasuk peralatan, teknikal, permintaan pengguna, kesediaan operasi dan kos.

"Kita perlu meneliti dari segi impaknya jika mahu menghidupkan semula landasan kereta api itu," katanya menjawab soalan Abdul Fatah Zakaria (PN-Bagan Pinang) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sementara itu, Arul berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menyediakan garis panduan pengoperasian penginapan komersial jangka pendek di seluruh kawasan pentadbiran PBT negeri itu.

Beliau berkata, garis panduan berkenaan bertujuan memberi panduan dan nasihat berkaitan kepada PBT serta membolehkan pelesenan dan penguatkuasaan dibuat ke atas penginapan komersial.

"Setakat ini tiada punca kuasa pada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang membolehkan PBT untuk melesenkan pengoperasian penginapan komersial jangka pendek.

"Oleh itu, pindaan sedang dibuat terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) Tred sebagai punca kuasa untuk pelaksanaan pelesenan," katanya menjawab soalan Choo Ken Hwa (PH-Lukut) berhubung hala tuju dan perancangan kerajaan negeri dalam mengawal penginapan komersial di kawasan perumahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058408 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list