CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7061|Reply: 0

[Kelantan] Pak Belang munculkan diri di tapak pembinaan lebuh raya

[Copy link]
Post time 5-12-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode

TUAN Mohd. Faris Zairi Tuan Sulaiman menunjukkan kesan tapak kaki harimau belang yang ditemukan di kawasan tapak pembinaan lebuh raya  Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab berhampiran Bukit Bakar, Machang, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH



MACHANG: Pekerja di kawasan tapak pembinaan lebuh raya Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab berhampiran Bukit Bakar di sini digemparkan dengan penemuan bangkai seekor lembu yang dipercayai dibaham harimau belang semalam.

Mengesahkan lagi dakwaan itu, para pekerja turut menjumpai kesan tapak kaki haiwan berkenaan di kawasan tersebut.

Seorang pekerja Hanif Che Aziz, 26, berkata, sejak penemuan kesan itu dia dan rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan waspada sepanjang melakukan tugas di kawasan tapak pembinaan tersebut.

Menurutnya, sebelum kejadian pekerja tapak pembinaan ini pernah melihat kelibat harimau belang betina bersama anaknya.

“Berpandukan kepada kesan tapak kaki, saya jangkakan harimau yang membaham lembu itu adalah jantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


TAPAK harimau belang yang ditemukan di kawasan tapak pembinaan lebuh raya  Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab berhampiran Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Seorang penduduk, Tuan Mohd. Faris Zairi Tuan Sulaiman, 28, memberitahu, buat masa ini dia hanya mampu berdoa agar haiwan karnivor itu tidak mengganggu penduduk.

Katanya, hal ini kerana lokasi kejadian berhampiran dengan kawasan kebun, ladang getah dan Hutan Lipur Bukit Bakar yang merupakan pusat peranginan.

“Melihat kepada kesan gigitan pada bahagian leher lembu betina dan bangkai yang masih ada itu, saya tidak menolak kemungkinan pak belang akan kembali semula untuk mendapatkan makanan.

“Walaupun sudah biasa dengan penemuan harimau bintang dan kumbang itu, namun melihat kepada kesan tapak kaki pak belang membuat pekerja di sini gerun,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara tersebut.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... mbinaan-lebuh-raya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.316332 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list