View: 8159|Reply: 12
|
Tak Sampai Seminggu Buka Dah Rosak, Taman Permainan Interaktif Air Di Trx Exchange Mall Ditutup
[Copy link]
|
|
Taman permainan interaktif air di TRX Exchange Mall, Kuala Lumpur terpaksa ditutup sementara gara-gara dilaporkan rosak angkara sikap segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu hantaran akaun @SkyscrapersMY di laman X, kelihatan penghadang diletakkan di taman permainan interaktif air berkenaan bagi tujuan kerja-kerja pembaikan.
Foto: X
"Tak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di 'mall' Exchange TRX rosak dan terpaksa ditutup buat sementara.
"ermainan tersebut memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang," tulisnya.
Untuk makluman, TRX Exchange Mall merupakan sebuah kompleks beli-belah yang menempatkan pelbagai outlet berjenama mewah.
Selain itu, salah satu tarikan yang menjadi perhatian pengunjung adalah taman permainan interaktif air yang dilengkapi air pancut.
Fasiliti itu dibina khusus untuk kanak-kanak bagi aktiviti rangsangan deria, namun ia 'disalah guna' oleh pengunjung sebagai waterpark.
Malah gelagat pengunjung terutama kanak-kanak yang bersuka-ria di taman permainan interaktif air berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mengundang rasa kurang senang warga maya.
"Yang mak ayah pun tak ada common sense. Nampak macam tu tempat berendam ke?
"Apabila mak ayah M40 B40 bawa anak pergi berhibur dekat tempat T20
"Semua buat perangai macam tak pernah nampak air.
"Fasiliti kelas pertama, mentaliti kelas ketiga," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha m40 pun dah disemikinkan dahh |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu aku malas nak pegi tempat2 FOMO ni
rimas dan tengok perangai sekor2 mcm hapa |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Punyala bangang yg biar anak mandi dlm tmpt spiral tu. |
|
|
|
|
|
|
|
betul2 bangang perangai masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarkan air lah pergi isi drainage cell isi tanah tanam2 pokok, kat ofis dah lama buat tanam sayur |
|
|
|
|
|
|
|
Agak dah pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak lembam bior anak main tempat yg tak sepatutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kat putrajaya ade few mini water park yg free. Tapi tak sure masih function ke tak. Fee masuk kolam renang yg ade kids pool pun murah rm2 cam tu. Bawak la anak2 ke tmpt yg sepatutnya kalau nak main air murah2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|