CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7645|Reply: 29

Mayat Wanita Disimen: Ranjit Singh Dan Mandeep Singh Diburu Polis

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode
KLANG –Susulan kes penemuan mayat wanita yang disimen di tandas sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, polis sedang mengesan dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan.


Dua individu itu masing-masing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek dikenal pasti menyewa rumah tersebut dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.




Foto: Kosmo




“Polis ketika ini masih dalam tindakan untuk mengesan mereka bagi membantu siasatan. Selain itu, seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun ditahan dan kebenaran reman akan dimohon di mahkamah esok,” katanya malam ini.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan suasana di kampung itu gempar dengan penemuan mayat berkenaan selain dipenuhi anggota polis dan bomba, kira-kira pukul 9.30 malam.


Dalam pada itu, jelas Hussein, pihaknya kelmarin menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkaitan terdapat mayat di kolah bilik air rumah tersebut.


“Siasatan mendapati pengadu pernah menyewakan rumahnya kepada dua lelaki asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021. Sebelum menyewakannya kepada orang lain, pengadu mendapati kolah itu disimen dan penyewa asing itu memberi alasan dimasuki bangkai tikus,” ujarnya.


Menurut beliau, pengadu kemudian meminta seorang lelaki membaiki bumbung rumah itu bulan lalu sebelum diberitahu terdapat mayat di kolah berkenaan.


“Maklumat itu diterima daripada seorang lagi lelaki asing yang sudah pulang ke negara asal. Bertindak atas laporan pengadu, polis dan bomba menjalankan siasatan yang membawa penemuan mayat selepas simen itu dipecahkan. Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam bagi bedah siasat yang akan dijalankan Khamis ini.


“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu termasuk suspek diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 08:52 AM | Show all posts
“Siasatan mendapati pengadu pernah menyewakan rumahnya kepada dua lelaki asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021. Sebelum menyewakannya kepada orang lain, pengadu mendapati kolah itu disimen dan penyewa asing itu memberi alasan dimasuki bangkai tikus,” ujarnya.
“Maklumat itu diterima daripada seorang lagi lelaki asing yang sudah pulang ke negara asal.


selamat dah lelaki asing tu






Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka dari benua asia selatan ni mmg lah byk problem
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:04 AM | Show all posts
ni le rupenye bagi kat bangsa ni enter Malaysia tanpa visa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:06 AM | Show all posts
kerajaan memang buta tuli ya tak nampak bersepah pendatang haram di Malaysia ni?

langsung takde tindakan tangkap & hantar pulang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:24 AM | Show all posts
senangnya dah terlepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 09:25 AM | Show all posts
bengali di mana2 memang bawa masalah...singh2 ni memang menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:27 AM | Show all posts
rasa dah selamat balik negeri dah warga asing yg kambus mayat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 09:30 AM | Show all posts
kesian mangsa tiada pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 5-12-2023 09:38 AM

Warga asing buat jenayah warga asing lain, polis x penat ka setel warga asing punya problem, dan penjara x penat ka tanggung makan air api warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:55 AM | Show all posts
iols curios sape mangsa wanita tersebut. salam takziah. cuma pakcik, mohon jgn sewakan dekat warga asing boleh tak next time.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni bagi visa free masuk msia makin ramai la buat hal  merepek2.
Negara lain mcm nz oz sikit punya strict nak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:01 AM | Show all posts
orang mana ni? pakistan ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rekod masuk keluar warga asing  dkt immi tu mmg diorg catit guna buku log je ke sampai pati blh simen org pastu selamat balik negara asal?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:16 AM | Show all posts
mangsa tu warga asing juga ke?

wanita kan?

warganegara mana? india juga? ke indonesia?


kalo korang nak couple dgn gadis indon, kornag tak boleh cemburu...

diorang bukan nakal dgn ko sorang je...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 5-12-2023 10:01 AM
orang mana ni? pakistan ke

kalau singh singh biasanya belah2 punjab sebelah pakistan.. area yg illi najwa kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandamaran dan Andalas tu memang kawasan jenayah.

Kalau nk duduk kawasan situ kena cari kawasan dgn security dan perumahan berpagar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:23 AM | Show all posts
..yes! Dengan indon bagi duit pacar, tak bagi dia kira diri dia dirogol..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:32 AM | Show all posts
aku baru baca berita kt germany, remaja perempuan 15 tahun baru balik parti, kene rogol beramai-ramai.  3 kali kot kene rogol dengan geng berlainan.  yg geng-geng tu warga asing jugak. siap ada rakaman tapi kene delete katenye. ujung-ujung geng perogol tu bebas. mengamuk la rakyat jerman.  dahle ko pendatang je tapi buat onar kat negara orang.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:50 AM | Show all posts
pendatang memang menyebabkan pelbagai masalah dan kecelakaan.  ada yang suka minum arak lepas tu langgar orang.  ada yang mengganas sampai geng ltte masuk dan membawa sama ancaman yang pelabagai...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.216803 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list