CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5661|Reply: 1

[Kedah] Penyamun solo kata 'hai' sebelum rompak barang kemas RM178,000

[Copy link]
Post time 4-12-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Penyamun solo kata 'hai' sebelum rompak barang kemas RM178,000


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



RAKAMAN CCTV menunjukkan lelaki yang menyamun sebuah kedai di Jalan Langgar menggunakan 'pump gun' dan sebilah kapak berjaya melarikan barang kemas. FOTO Ihsan pembaca




Alor Setar: Lelaki bersenjatakan 'pump gun' dan sebilah kapak melarikan barang kemas bernilai RM178,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di Jalan Langgar, di sini, semalam.

Suspek dipercayai sempat menyapa 'hai' kepada seorang pekerja wanita di kedai berkenaan sebelum mengambil masa kira-kira tiga minit untuk melarikan barang kemas terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Setar menerima panggilan daripada pengadu dipercayai anak pemilik kedai emas berkenaan pada 5.10 petang semalam yang memaklumkan kedai emas terbabit disamun.

Beliau berkata, pengadu memaklumkan suspek bersenjatakan senapang dan sebilah kapak.

"Siasatan mendapati, suspek datang seorang diri dan masuk ke dalam kedai emas itu dan berkata 'hai' kepada pekerja wanita terbabit.

"Suspek dipercayai berbadan gempal dan tinggi kira-kira 170 sentimeter. Dia memakai topi keledar warna putih, baju jaket warna biru dan seluar panjang hitam, kasut hitam dan membawa sebuah beg badminton.

"Selepas itu, suspek meletakkan beg di atas lantai lalu membuka beg kemudian mengeluarkan 'pump gun' dan mengacu terlebih dahulu ke arah pekerja wanita berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syed Basri berkata, suspek yang memakai sarung tangan mengeluarkan kapak dari beg, lalu memecahkan cermin meja pameran beberapa kali sehingga ia pecah.

Beliau berkata, suspek berjaya mengambil barang kemas daripada meja pameran iaitu dua dulang berisi 32 utas rantai emas berharga kira-kira RM178,000.

"Suspek memasukkan barang kemas ke dalam beg dan terus melarikan diri ke arah kiri kedai.

"Ketika kejadian, tiada pelanggan dan hanya seorang pekerja wanita dan seorang wanita dipercayai pengurus kedai serta lelaki iaitu anak kepada pemilik kedai," katanya.

Syed Basri berkata, suspek yang bergerak seorang diri itu dipercayai menaiki sebuah motosikal Suzuki Raider.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.



Disiarkan pada: Disember 4, 2023 @ 9:59am








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 11:08 AM | Show all posts
ah senangnya jadi kaya...

aku nk dpt rm100 emadanon pun tak lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 1.790785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list