CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3217|Reply: 0

[Sarawak] Rombak Kabinet: Itu prerogratif Perdana Menteri, kata Fadillah

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:20 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Promosi Kemahiran Teknikal & Vokasional (TVET) Parlimen Petra Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi, hari ini. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Keputusan untuk membuat sebarang rombakan dalam Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepenuhnya, yang pasti akan menitikberatkan kemampuan seseorang itu untuk menerajui kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya tak tahu pun ada rombakan kabinet (kerana) tiada perbincangan dengan saya. Itu prerogatif Perdana Menteri dan sudah pasti dia akan menilai adakah kementerian itu bersesuaian dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada seseorang itu,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas Program Promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sini hari ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar semalam yang memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet dijangka berlaku sebelum kemunculan 2024.

Menyentuh mengenai TVET, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata pusat khidmat parlimennya akan meluaskan kerjasama dengan badan bukan kerajaan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) bagi menggerakkan program mempromosikan bidang itu di peringkat sekolah.

“Tumpuan ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen ini iaitu Tupong, Satok dan Samariang. Saya akan menyokong perancangan dari segi bentuk program yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun hadapan,” katanya. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.119847 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list