CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28543|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 pelajar lelaki OKU dicabul rakan senasib di asrama sekolah

[Copy link]
Post time 2-12-2023 09:31 PM | Show all posts |Read mode
14 pelajar lelaki OKU dicabul rakan senasib di asrama sekolah


Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 2, 2023 @ 9:07pm [email protected]




Foto hiasan




KEPALA BATAS: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian 14 pelajar lelaki dicabul seorang rakan mereka di asrama sebuah sekolah menengah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata laporan itu dibuat pengetua sekolah terbabit bagi meminta siasatan dijalankan.

Katanya, semua 14 pelajar lelaki yang menjadi mangsa itu berusia lingkungan 13 hingga 14 tahun dan semuanya berstatus orang kurang upaya (OKU) dari segi masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

"Pengetua sekolah terbabit melaporkan 14 mangsa dicabul seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang juga seorang OKU di asrama sekolah itu.

"Suspek telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, orang ramai dinasihatkan tidak menyembunyikan sebarang maklumat mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Selain itu, beliau meminta masyarakat supaya lebih peka dan prihatin dengan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak kerana kejadian ini boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental yang berpanjangan sekiranya tidak dibendung lebih awal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049532 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list