CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10221|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua individu disyaki keldai akaun kena tahan

[Copy link]
Post time 1-12-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Dua individu disyaki keldai akaun kena tahan


BERNAMA



Foto hiasan



Balik Pulau: Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pekerjaan sambilan dalam talian tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian RM66,901, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Subang Jaya, Selangor, manakala suspek lelaki berusia 24 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek memberikan kad bank mereka untuk digunakan bagi kegiatan jenayah.

"Siasatan juga mendapati wanita dan lelaki itu terlibat dalam kes berasingan membabitkan sindiket yang berlainan walaupun modus operandi penipuan tersebut sama," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, polis turut menahan lima individu lain termasuk dua warga emas kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada pelbagai sindiket penipuan sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian antara RM600 hingga 4,000.

Menurutnya, tujuh individu yang ditahan itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Disember 1, 2023 @ 3:59pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034234 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list