CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4800|Reply: 0

[Kedah] Remaja perempuan ditahan susulan penemuan bayi di tapk pembinaan jambatan

[Copy link]
Post time 30-11-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Alor Setar: Remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan berhampiran tapak pembinaan jambatan di Kampung Kubang Pangas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, remaja yang dipercayai ibu bayi itu ditahan di sekitar kawasan Kubang Rotan, petang semalam.

Beliau berkata, namun remaja yang sudah tidak bersekolah itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mendapat rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu mendedahkan dan membuang kanak-kanak berusia kurang 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaga.


"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang penduduk kampung terbabit tidak menyangka menemui bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan atas jalan berdekatan kawasan pembinaan jambatan berhampiran sawah padi kira-kira jam 7.30 pagi selepas menghantar isterinya ke tempat kerja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pembinaan-jambatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038220 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list