CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6010|Reply: 0

[Kelantan] Banjir landa UMK Kampus Kota

[Copy link]
Post time 30-11-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

KAWASAN Kampus UMK Kota di Pengkalan Chepa, Kelantan yang ditenggelami banjir semalam.-IHSAN PEMBACA



KOTA BHARU: Kawasan sekitar Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota ditenggelami banjir sedalam 0.3 meter berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Bagaimanapun, air di kawasan berkenaan surut sepenuhnya kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohamad Ismail berkata, kawasan kampus itu mula ditenggelami banjir pada pukul 12.30 malam tadi.

“Apabila hujan mula pukul 5.40 pagi tadi, air yang dalam kawasan kampus kemudiannya mulai surut 20 minit kemudian.

“Kawasan ini pulih sepenuhnya pukul 9.35 pagi dan semuanya berada terkawal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, serentak dengan itu pihaknya telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir bertempat di Fakulti Veterinar di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini bermula 21 November lalu.

Katanya, langkah itu sebagai persediaan menghadapi banjir selain memberi maklumat terkini serta bantuan kepada para pelajar dan kakitangan yang terjejas.

“Selain itu, kita turut membuka Bilik Gerakan Banjir di Bachok dan Jeli yang dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Pejabat Keselamatan.

“Pada masa sama, UMK turut mewujudkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Bilik Kuliah Fakulti Veterinar Pengkalan Chepa dan Kompleks Akademik di UMK Bachok bagi membolehkan para pelajar serta kakitangan yang terjejas berpindah dengan selamat,” ujarnya.

Mohamad berkata, berpandukan kepada pola hujan yang tidak menentu, warga UMK dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Katanya, UMK turut bekerjasama erat dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beberapa lagi agensi bagi memastikan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan sebaik mungkin.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... da-umk-kampus-kota/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058857 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list