CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3821|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerja alih tiang rasuk seberat 14 tan yang runtuh 80 peratus selesai

[Copy link]
Post time 29-11-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMED USUF JAN Mohamad mengiringi Kon Yeow ketika meninjau lokasi kejadian runtuhan di tapak pembinaan gudang di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN



BAYAN LEPAS: Kerja-kerja mengalihkan tiang rasuk seberat 14 tan dan sepanjang 12 meter yang runtuh di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung, di sini telah 80 peratus selesai.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat empat lagi mangsa yang tertimbus akan dijalankan dalam tempoh terdekat selepas kesemua tiang rasuk itu berjaya dialihkan.


MOHAMED USUF JAN MOHAMAD

”Kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan dari malam tadi bermula pukul 10.30 malam tanpa henti sehingga kini oleh pihak bomba.

”Proses mengalihkan tiang rasuk yang runtuh telah 80 peratus selesai dan usaha mencari serta menyelamat mangsa dapat dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.58 malam tadi, seramai 18 buruh binaan warga Bangladesh ditimpa tiang rasuk seberat 14 tan dan sepanjang 12 meter ketika sedang bekerja di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung, dekat sini.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, tiga disahkan maut iaitu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye; Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir. A. Rajendran dan lain-lain meninjau lokasi kejadian runtuhan tersebut.


MOHAMED USUF JAN Mohamad mengiringi Kon Yeow ketika meninjau lokasi kejadian runtuhan di tapak pembinaan gudang di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini. – Pic: IQBAL.HAMDAN

Menurut Mohamed Usuf Jan, soal keselamatan merupakan antara perkara yang dititik-beratkan sepanjang operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.

“Soal keselamatan kita utamakan memandangkan keadaan amat berbahaya, kita tidak boleh kompromi dengan keselamatan,” katanya.

Tambahnya, identiti mangsa-mangsa yang terlibat juga telah dapat dikenal pasti dan mereka berusia antara 22 hingga 46 tahun.

”Identiti mangsa terlibat akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Sementara itu, Rajendran berkata, siasatan dalaman dan luaran berhubung insiden runtuhan tersebut akan dijalankan bersama agensi terlibat antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) agensi berkaitan lain.

“Projek pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini, namun kerja-kerja pembinaan tidak dapat dijalankan sehingga siasatan dalaman berhubung insiden runtuhan itu selesai dijalankan,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... 80-peratus-selesai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035913 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list