CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 0

[Kedah] 'Kaki letih atau sakit nak urut mana?' - Teh Swee Leong

[Copy link]
Post time 27-11-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Alor Setar: Kerajaan negeri dicadangkan mengkaji semula sekatan lesen baharu bagi premis yang menawarkan khidmat urutan di Kedah.

Teh Swee Leong (PH-Kota Darulaman) berkata, ia susulan penamatan pengeluaran lesen baharu kepada premis berkenaan memberi kesan negatif kepada program 'Mai Singgah Alor Setar 2024' anjuran kerajaan negeri.

"Sekarang Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) sibuk promosi gaya hidup jalan kaki dalam bandar. Apabila kaki letih atau sakit, nak urut di mana?

"Takkan nak ke Thailand? Apabila cakap pasal urut, kepala kita asyik fikir kegiatan tak bermoral atau 'servis tambahan'. Jika begitu, sampai bila kita boleh bangunkan industri urutan tradisional dan pelancongan Kedah?



"Maka dipohon kerajaan negeri kaji balik sekatan lesen baru urut ini. Lokasi seperti kompleks perdagangan, kompleks membeli belah dan kedai pejabat patut dibenarkan," katanya ketika sesi perbahasan Bajet Kedah 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Pihak berkuasa tempatan Oktober lalu yang memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak lagi mengeluarkan lesen baharu bagi rumah urut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mana-teh-swee-leong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list