|
Seorang peniaga kecewa kerana sering berdepan dengan pelanggan yang suka menabur janji manis.
Katanya pelanggan slelau melewatkan pembayaran dan permintaan itu sebenarnya memberikan kesulitan kepada pihaknya.
"Mereka sering bagi alasan, contohnya saya bayar lambat sikit ye, perbankan online ada problem pagi ni. Nanti dah okay saya transfer.
Gambar Hiasan
"Lepas tu ada yang minta bayar lambat sebab konon tunggu suami balik kerja nak transfer, dekat diri sendiri tak ada duit katanya.
"Tak kurang juga ada yang rayu nak bayar selepas masuk gaji, lagi best ada yang bagi alasan nak transfer lambat sebab tengah drive, dua hari berturut-turut agaknya memandu tu.
"Mereka ni waktu order bukan main rancak, selepas dah deliver, bukan main liat nak bayar," luah peniaga tersebut.
Bagaimanapun tambah peniaga ini, dia sering berasa serba salah dan tersepit berada dalam situasi sedemikian.
"Kalau timbul situasi seperti ini, saya akan rasa dilema sebab nak kena selalu ingatkan customer. Kadang tu sampai tiga hingga empat kali remind baru nak selesai pembayaran.
"Ada juga customer yang marah sebab fikir saya tak percayakan dia. Pesanan saya kepada pelanggan, cubalah duduk dalam kasut kami (peniaga), ada sebab mengapa kami minta segerakan pembayaran.
"Jangan la ingat semua peniaga senang, kami ada banyak benda nak kena selesaikan, barang untuk modal dan duit minyak semua tu," katanya.
Peniaga itu berkata dia bukanlah manusia kejam dan ada kalanya dapat bertoleransi dengan permintaan pelanggan.
"Saya tidaklah terlalu tegas, ada yang pesan nak bayar separuh dulu, nanti selepas hantar semua, baru dia bayar habis. Saya benarkan mereka berbuat begini.
"Sebab saya juga nak ambil kepercayaan daripada customer, mereka ada yang pernah kena scam, jadi saya nak dalam urusan jual beli ni customer ada rasa percayakan saya.
"Saya selalu beringat yang dalam berniaga ni, rezeki datang melalui pelanggan.
"Semoga kita semua peniaga ditemukan dengan pelanggan yang baik dan tahu cara berjual beli. Saya juga tidak lari daripada membuat kesilapan, harapnya perniagaan saya ni dapat memuaskan hati semua," kata peniaga itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya yang pernah menceburi bidang peniagaan mengakui turut berasa rimas dengan permintaan sebegitu.
"Dah 'masak' dengan ayat pelanggan yang macam tu, rimas kita nak melayannya. Sebagai peniaga ni, aliran tunai kita kena selalu bergerak, tak boleh bertangguh, nanti kacau semua benda.
"Saya pernah cakap je dekat customer, kalau nak bayar separuh sebab tak percayakan saya, boleh cari peniaga lain.
"elanggan saya ada seorang ni cakap nak bayar nanti, sampai ke sudah tak bayar langsung," kata sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|