CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3488|Reply: 1

[Kedah] Graduasi bersama, kerja nanti pun nak di tempat sama

[Copy link]
Post time 25-11-2023 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Graduasi bersama, kerja nanti pun nak di tempat sama


Suhaila Khairie
[email protected]



GAMBAR kenangan Khairina (kiri) dan Khairini (kanan) meraikan kejayaan mereka selepas Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM. FOTO Ihsan Khairina dan Khairini Ismail




Sintok: Pasangan kembar seiras ini mengakui laluan mereka untuk bergraduasi (pengijazahan) di pentas sama pada Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini, cukup berliku.

Tidak pernah berpisah sejak lahir sehinggalah menempuhi dunia kampus ternyata menyukarkan Khairina dan Khairini Ismail, 24, yang pada mulanya ditempatkan di universiti yang berbeza.

Khairina berkata, dia menerima tawaran melanjutkan pengajian di UUM manakala Khairini pula ditawarkan belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum adiknya itu memohon berpindah ke universiti yang sama.

Katanya, Khairini mengambil keputusan untuk melakukan pertukaran universiti akibat hilang fokus dan semangat untuk meneruskan pengajian.

"Khairini terpaksa berulang-alik dari Alor Setar ke UKM, Bangi bagi urusan pertukaran universiti, saya pula berusaha bersungguh-sungguh membantu adik berjumpa Dekan dan Jabatan Hal Ehwal Akademik di UUM bagi mendapatkan maklumat berkenaan proses pertukaran universiti.

"Walaupun pertukaran universiti berjaya, adik perlu membayar 'harga' yang tinggi kerana perlu mengambil subjek tambahan setiap semester bagi merealisasikan impian kami bergraduasi bersama-sama," katanya ketika ditemui.



KHAIRINA (kiri) dan Khairini (kanan) selepas menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM. FOTO Ihsan Khairina dan Khairini Ismail
Sementara itu, Khairini berkata, sepanjang pengajian, dia berusaha mendaftar subjek dan kelas yang sama dengan kakaknya untuk memastikan mereka dapat menerima pengijazahan bersama.

"Walaupun bukan semua kelas sama, kami tetap berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan setiap tugasan yang diberi.

"Kami juga saling mengajar dan membantu. Kami bukan saja mahu bergraduasi bersama, malah mahu menggenggam ijazah kelas pertama," katanya.

Hasilnya, pasangan kembar daripada lapan beradik ini mencipta detik manis apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Kelas Pertama.

Khairina dan Khairini mengakui bangga dapat menunaikan impian ibu bapa mereka untuk memakai Selempang Emas UUM (bagi pengijazahan kelas pertama).

Sudah dapat bergraduasi bersama, Khairina dan Khairini turut memasang impian untuk bekerja di tempat sama.



Disiarkan pada: November 25, 2023 @ 6:32pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak dan cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.429386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list