CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2459|Reply: 0

[Selangor] Anak penoreh getah penerima Anugerah Sarjana Cemerlang UiTM

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Norieziana (tiga dari kiri) bersama Shahrin dan graduan lain hari ini.

SHAH ALAM – Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Norieziana Mohd. Noh, 27, berhasrat membawa kedua orang tuanya menunaikan haji selepas berjaya membina kerjaya nanti.

Kata graduan Sarjana Pengurusan, ini bagi menghargai jasa dan penat lelah ibu bapanya, Mohd. Noh Ahmad, 60, dan Wan Zuraini Wan Abdul Rahman, 51, dalam membesarkannya bersama lima beradik lain.

Norieziana yang berasal dari Jerantut, Pahang itu memaklumkan kemiskinan bukanlah suatu penghalang untuk berjaya sebaliknya pendorong untuk lebih berusaha dan mengecapi kejayaan.

“Saya masih teringat, ibu bapa saya bekerja kuat keluar awal pagi menoreh getah demi menyara kami enam adik-beradik.

“Mereka pun buat pelbagai kerja lain seperti memikul tiang rumah dan mengambil upah dan membersihkan kebun. Ini membuatkan saya untuk bersungguh-sungguh mengubah hidup keluarga pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, Norieziana menerima ijazah sarjananya yang disampaikan Naib Canselor UiTM, Prof Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini hari ini.

Norieziana yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.90 merupakan antara graduan hasil program usahasama antara UiTM dan Yayasan Sime Darby (YSD) bermula daripada tahap Pra Diploma hingga Sarjana yang bermula lebih sedekad lalu.

Hampir 40,000 pelajar terutamanya daripada kumpulan keluarga kurang berkemampuan telah mendapat manfaat melalui program itu. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ana-cemerlang-uitm/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.039128 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list