CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4081|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM tidak pernah halang nyanyian lagu tradisi - JPNP

[Copy link]
Post time 24-11-2023 10:14 PM | Show all posts |Read mode
KPM tidak pernah halang nyanyian lagu tradisi - JPNP

24 November 2023  09:50pm





JPP memberitahu, KPM tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan. - Foto Bernama



GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

"KPM prihatin mengenai isu tular berkenaan larangan nyanyian lagu tradisi sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.



"Merujuk kepada isu yang berbangkit JPNPP telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, penganjuran acara sedemikian sentiasa digalakkan kerana ia dapat meningkatkan minat murid selain memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.



Terdahulu, media melaporkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Saundarajoo Somu dan ADUN Bagan Dalam, Kumaran Krishnan menggesa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan berhubung dakwaan larangan menyanyikan lagu 'Kadavul Valthu' dan 'Tamil Valthu' dalam Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran KPM.

Majlis itu diadakan di sebuah hotel di Kepala Batas semalam.

Sundarajoo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang turut mendakwa sepanduk yang memaparkan gambar tokoh kesusasteraan dan falsafah Tamil, Thiruvalluva dihalang daripada digunakan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 2.130203 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list