CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 0

[Pulau Pinang] Syarikat lori digesa pantau pemandu guna GPS

[Copy link]
Post time 24-11-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat lori digesa pantau pemandu guna GPS


BERNAMA



ADENAN (kiri) memeriksa pemandu bas kilang membawa penumpang tanpa lesen ketika ditahan. FOTO Danial Saad



Bukit Mertajam: Pengendali syarikat kenderaan berat diminta supaya memantau pemandu mereka melalui Sistem Pengesanan Global (GPS) terutama ketika melalui lebuh raya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Datuk Adenan Md Isa berkata, ini berikutan audit keselamatan terhadap kemalangan yang dilaporkan sepanjang tahun ini setakat November, mendapati 18 kes termasuk kemalangan maut membabitkan lori dikenal pasti berpunca daripada sikap pemandu yang cuai atau gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, lima daripada kemalangan itu berlaku di sepanjang lebuh raya di negeri ini manakala selebihnya di negeri lain tetapi syarikat yang mengendalikan kenderaan berat itu berpangkalan di Pulau Pinang.

"Selepas menerima laporan (kemalangan) daripada polis, JPJ akan buat audit keselamatan dengan memeriksa GPS pada lori bagi melihat sama ada pemilik syarikat peka atau tidak kesalahan dilakukan pemandu mereka sebagai contoh kelajuan digunakan ketika memandu atau sebarang aduan lain.

"Sebab itu kami minta supaya syarikat memantau (pemandu) melalui GPS yang dipasang pada kenderaan...mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap pemandu supaya ikut peraturan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Ops Patuh Bersepadu di Plaza Tol Juru, di sini malam tadi.

Adenan berkata, sekiranya syarikat yang diaudit itu didapati tidak memenuhi piawaian ditetapkan maka JPJ akan mengesyorkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan menggantung lesen untuk satu tempoh tertentu yang akan diputuskan oleh agensi tersebut, kebiasaannya antara enam bulan hingga setahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi penguatkuasaan di lebuh raya dilakukan secara berterusan bertujuan mengurangkan risiko kemalangan disebabkan kecuaian pemandu sama ada membawa muatan berlebihan, rosak, tidak diselenggara, menggunakan lorong kanan secara berterusan atau berhenti di lorong kecemasan hingga mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Terdahulu, Adenan memberitahu sebanyak 536 notis dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang turut disertai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Operasi malam ini tertumpu kepada kenderaan perdagangan di lebuh raya dan antara kesalahan lazim yang dikesan adalah menggunakan lorong kanan berterusan, menggunakan telefon bimbit, tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh," katanya.



Disiarkan pada: November 24, 2023 @ 8:58am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list