View: 2777|Reply: 35
|
Video Disunting Sampai Salah Faham- Anak Makcik Kemboja Marah Bekas Staf, Bukan Netizen
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Individu yang mendakwa dirinya anak Makcik Kemboja menerima banyak ugutan selepas video kemarahannya tular di media sosial.
Bagaimanapun lelaki dikenali sebagai Ezuan itu mendakwa video di TikTok itu sudah disunting.
Ezuan dalam hantaran di platform X mendakwa, video kemarahannya itu ditujukan kepada bekas pekerja syarikat ibunya dan bukan kepada netizen mahupun masyarakat umum.
"Semalam, sekitar jam 2.30 petang, saya mengesan satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings. Beliau memuatnaik konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. Individu tersebut juga telah memaki hamun saya dan juga ibu saya dalam konten tersebut.
"Dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut mencabar dia secara spesifik dengan menyebut nama penuh dia sekali.
"Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen," tulisnya.
Jelas Ezuan, perkara ini mengancam keselamatannya, sehingga menerima terlalu banyak ugutan.
"Jadi di sini, saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.
"Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia (bekas pekerja ibu). Saya minta anda (netizen) menilai sendiri dan saya minta jasa baik anda untuk viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar.
"Akaun peribadi Tiktok saya juga telah di-banned pagi semalam. Saya harap, ada keadilan buat saya. saya berani kerana benar dan saya tak takut dengan individu tersebut. Allah Maha Berkuasa," katanya yang turut memuatnaik video original yang menyebut nama bekas pekerja ibunya.
Semalam, tular video kemarahan dengan tindakan Ezuan mencabar menggunakan bahasa kurang sopan tular di media sosial.
Video terbabit mendapat kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuashati dengannya.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita sedang mengadakan penstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian muslimah.
Menerusi rakaman video berkenaan, wanita terbabit mengakui dirinya adalah warga Kemboja yang sudah lama menetap di negara ini.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas.
Namun, di akhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau dan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.
Untuk rekod, 14 laporan polis sudah dibuat terhadap wanita terbabit oleh beberapa pihak yang tidak puas hati berkaitan kenyataannya mengatakan orang Melayu sebagai pemalas. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm..ko cakap jer itu asalnya vdeo call tanpa suara.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Lah pulak. Hebat jgk bekas pekerja dia ni punya editing. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak laa....apa kata ko upload balik bideo yg ori? Jgn plk ko ikut ckp wahab....video asal dh deleted..... |
|
|
|
|
|
|
|
perasaan tak perlu malu sayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti mana?...bodola sapa percaya mcm percaya ckp agus dan wahab |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit aku tak percaya wargaasing macam anak Makcik Kemboja |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeemmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe lah .
Benda dah lepas..
Kitorang nak boikot juga .
Hahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
..haha! Don't care. Ko sekeluarga dah boleh bercuti balik Kemboja gi kumur-kumur, minum dan mandi bersih-bersih cuci segala yang terkandung dalam hati tu dengan air perigi yang Malaysian korek kat negara asal ko tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
eleh takyah acah la netijen2
mesti sebelum2 ni ada yang bangga gak dgn pencapaian barua ni
sebab konon ingat melayu
sekali kemboja tiba2 lak ramai kecam
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit pun tk percaya
Glemer lak anak beranak kemboja aka mak si pemegang ic merah 2-3 hari ni.
Bak kata si mak dlm video tiktok,
“Aku tk minta makan dari korangla..pergi mamp**”
Now telan la balik ayat2 tu ye anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Weh akak dah tengok video asal sistah2 sekalian alam. Betul mameng video asal tu dia tuju kat bekas pekerja dia nan sekor tu sissy. Dia bukan cabar semua rakyat malaysia sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. dah terkincit ke tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
video ori mana
still la ko hanat..dh mcm spesis azwan ali..apo la perangai mcmni..mcm org xsekolah jnis cpt melatah dan hamun org..benci betul i org ckp kasar gini..mcm dia jer yg ada mulut..kita ni ada je mulut tp kita tahu adab |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah la ko nk tuju kt sape pun..
bahasa ko pun mcm anjing gong gong gong
pastu cabar ex-staff tu jumpa kt kilang ko..
ko mmg xdak teloq..
sekian rumusan iols setelah tertengok tiktok ex-staff berkenaan |
|
|
|
|
|
|
| |
|