CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 0

[Kedah] Ulat serang Kampung Tebengau Tepi Laut

[Copy link]
Post time 23-11-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

YUNUS menunjukkan ulat seakan beluncas yang muncul di sepanjang pesisir pantai di Kampung Tebengau Tepi Laut sejak Selasa lalu. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar

Alor Setar: Penduduk Kampung Tebengau Tepi Laut, Jalan Kuala Kedah dekat sini, sekali lagi diserang ulat seakan beluncas yang muncul di sepanjang pesisir pantai di kawasan itu sejak Selasa lalu.

Hasil tinjauan mendapati, ulat itu muncul dengan memakan daun pokok api-api di kawasan di pesisir pantai.

Pemilik kedai makan, Zailila Had, 39, berkata, serangan pertama membabitkan ulat terbabit berlaku pada 2016 dan dia menyedari kehadiran ulat itu ketika hendak membuka kedainya, semalam.

"Saya terkejut apabila melihat banyak kepompong ulat selain kehadiran ulat terbabit di setiap pokok berhampiran kedai.



"Kerana itu saya terpaksa menutup perniagaan buat sementara sehingga masalah ulat ini selesai. Ia menyebabkan saya kerugian hampir RM5,000," katanya ditemui, hari ini.

Zailila berkata, dia turut meracun ulat di belakang kedai namun hanya sebahagian sahaja mati manakala yang lain beralih ke tempat lain.

Pesara tentera, Yunus Saad, 59, berkata, pada kejadian 2016, ulat terbabit memenuhi kampung malah ketika itu, jumlahnya lebih besar berbanding ketika ini.

"Mungkin jumlahnya sedikit berkurang ketika ini kerana ia baru saja 'muncul'.

"Pada serangan pertama juga, jika terkena ulat itu, ia akan menyebabkan kegatalan selain meninggalkan parut," katanya.

Harian Metro pada 26 November 2016 pernah melaporkan serangan ulat di Kampung Tebengau Tepi Laut yang turut menyebabkan lebih 1,000 tetamu makan dalam keadaan tidak selesa apabila diganggu ulat yang tiba-tiba muncul.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tebengau-tepi-laut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.068731 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list