CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 928|Reply: 0

[Melaka] Dibayar gaji RM4,000 sebulan, komisen 10 peratus nilai penipuan

[Copy link]
Post time 23-11-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

ZAINOL Samah (kanan) menunjukkan wajah suspek yang ditahan berkaitan sindiket penipuan dalam talian dalam sidang akhbar di IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI



MELAKA: Polis Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian, selepas menahan 17 individu termasuk tiga lelaki warga China di Ayer Keroh di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, seramai 16 lelaki dan seorang wanita berusia 17 hingga 40 tahun ditahan di sebuah banglo dua tingkat pada pukul 12.23 tengah malam.

Katanya, ketika serbuan, kesemua suspek berada di banglo tersebut dan sedang menjalankan aktiviti panggilan.

“Seorang suspek dipercayai penyelia kumpulan itu bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua. Suspek berjaya ditahan dan mengalami patah kaki.

“Modus operandi sindiket menjadikan rakyat Britain sebagai mangsa tawaran kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian. Mangsa diminta mendaftar melalui pautan yang diberikan sindiket dan mengarahkan mereka memberi penarafan yang baik untuk mendapat komisyen sebanyak AS$0.35 (RM1.64).

“Mangsa yang terpedaya memasukkan sejumlah wang bagi mendapatkan komisyen yang tinggi dan akhirnya mereka telah ditipu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, semalam.

Tambah Zainol, polis merampas sebanyak 18 buah komputer, 60 buah telefon bimbit, dua buah kenderaan, serangkai kunci dan dua pasport antarabangsa dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM100,000.

Menurut beliau, pemeriksaan pakar analisa media sosial pada komputer turut menemukan transkrip dan perbualan yang digunakan sindiket untuk berbual dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

“Siasatan polis juga mendapati kesemua suspek dibayar gaji RM4,000 sebulan tidak termasuk komisyen 10 peratus daripada jumlah wang yang diterima daripada mangsa. Kumpulan ini dipercayai serpihan daripada sindiket penipuan yang tumpas di Langkawi, Kedah pada awal tahun ini.

“Kesemua suspek kini direman empat hari sehingga 25 November ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana kesalahan pakat jahat,” katanya.

Dalam pada itu, Zainol memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Melaka merekodkan sebanyak 198 kes penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud dan menangkap 131 individu bagi tempoh 1 Januari hingga 21 November membabitkan kerugian berjumlah RM3.97 juta. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... tus-nilai-penipuan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.220843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list