View: 39109|Reply: 275
|
Mawar Rashid Dan Raf Yaakob Bercerai
[Copy link]
|
|
UPDATE
Raf Yaakob mengesahkan dia dan Mawar Rashid memilih jalan untuk berpisah.
Dalam satu kenyataan, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk bercerai kerana tiada persefahaman.
"Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik," katanya.
Pasangan ini kini memberi fokus untuk membesarkan anak-anak mereka.
Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.
Malah dalam rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan perceraian ini adalah jalan terbaik buat mereka.
"Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak.
"Hak penjagaan bersama adalah sangat penting dan kami akan berbincang tentang perkara tersebut.
"Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini. Bagaimanapun ia adalah yang terbaik buat kami, tulismya di IG. -CARI
_______________________________________________________________________________
Mawar Rashid memaklumkan akan memberikan kenyataan bersama suaminya, Raf Yaakob, hari ini.
Semua perkara berhubung desas-desus mereka ke Mahkamah Syariah hanya akan dinyatakan secara bersama.
“Tunggu kenyataan saya dan Raf,” katanya kepada Kosmo.
Foto: IG
Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.
“Minta maaf sebab saya tak boleh lagi bagi komen sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sepatutnya hadir ke mahkmah syariah semalam.
Spekulasi pergolakkan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Mawar, 28, tidak lagi berhijab sekitar awal bulan lalu.
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila dia dilihat bertindak memadam gambar bersama adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu.
Menerusi perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.
Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pula sebelum ini mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
allah nama anak:
Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.
mak pak sedar ke tak ni masa bagi nama. jenuh kena bahan budak2 tu masuk sekolah nanti
sayang cinta bagai hujung2 berantakan cerai berai |
|
|
|
|
|
|
|
nak umumkan produk gampunk baru la tu untuk acik2 semua boikot siap2 dari mengkayakan mangkuk drama queen n king ni...
kaka syak mesti produk jamu ke apa2 yang boleh merapatkan buki... tahap boleh cengkam dan tarik treler 18 tayar sambil berjalan... gittuh macam produk si kak kilometer... itu je lah kan produk2 orang melayu kita yang laris pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 23-11-2023 12:16 PM
nak umumkan produk gampunk baru la tu untuk acik2 semua boikot siap2 dari mengkayakan mangkuk drama ...
???????????? epik lar Kaka Dude |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ime1311 replied at 23-11-2023 12:22 PM
Sumber : igs mawarashid
Sumber : igs rafyaakob |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Abang ipaq misai kontot tak nak masuk frame ke? Jadi spokeperson??? |
|
|
|
|
|
|
|
6 tahun perkahwinan ngan 3 anak dan tempoh masa jarak dekat2, mungkin tu penyebab regangnya hubungan antara mereka ber2 |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tgk kt igs mawaq, ku syak bkn dia yg tulis status bahasa omputih tu. Rupa2nya Raf pun post yg sama. So, i bet mmg Raf yg tulis. Mustahil so mawaq blh tulis omputih |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keduanya |
|
|
|
|
|
|
|
mybe..sbb tu la netizen jgn menyibuk hal rmhtangga artis. suka hti artis la nk kawin ada 1 ank ke, xnk anak ke. atau nk btdung ke xbtudung ke. sbb diorg lebih thu diri msing2 mcm mana. ada ank ramai bkn bukti bahagia pn.
kalau ikutkn tgk si mawar raf tu kemain lovey dovey anje syg dlm ig. knon tpaling bahagia lah. tp endup cerai jgk..si mawar tu xhbis enjoy lagi.
skrg dh kne tanggung anak 3 org.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berbaik kembali demi anak2 y masih kecil |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainnailahi rojiunnn... Semoga dipermudahkan urusan utk kedua2 belah pihak. Nampak sweet2 aje couplenya. Benar dlm perkahwinan ni, sabar paling utama... sabar dlm segala2.. xde duit kena sabar, anak meragam kena sabar, suami isteri ada perangai kena sabar.. eh segala2nya mmg wajib sabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahai anak yg bongsu baru 10 bulan. Moga baik2 utk pasangan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by 3chanceno at 23-11-2023 12:48 PM
ime1311 replied at 23-11-2023 12:22 PM
Sumber : igs mawarashid
Ok tenkiu.
Takziah pada kapel nie.
Statement pun kalau nak tulis omputih, semua dlmbahasa yg sama lah
Nie kira separation tapi lum serai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat zaman diorang bercinta dulu. Bukan main sangat. Xsangka gini pengakhiran pd sebuah percintaan & perkahwinan. Takdir berkehendakkan sebaliknya. Salam takziah buat keduanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la bercerai kalau mmg x sefahaman. Buat apa nak duduk sama2 makan hati risau itu risau ini.
Ni bukti walau kat soc med tunjuk bahagia nak mampos, tetap la sebenarnya drama je semua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah kalau bkn sbb org ketiga, senang nak berbaik mcm FK & DD |
|
|
|
|
|
|
|
Mawar tertekan kot. Faham faham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam baru je baca semalam tak silap fazley kata semua ok. Konon raf ni tak penah berahsia dengan dia.
Alih2 lain pulak..
Tu la jangan jadi penyibuk. Jawab je no komen kn senang |
|
|
|
|
|
|
| |
|