CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2030|Reply: 22

Orangnya Ceria Dan Rapat Dengan Pelajar- Kalau Masih Hidup, Di Manakah Cikgu Hafiz?

[Copy link]
Post time 23-11-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode
KULIM – Keluarga guru lelaki yang hilang, Mohd. Hafiz Jasmi, 38, kini menyerahkan urusan pencarian kepada pihak polis sepenuhnya selepas menerima berita berkenaan petunjuk baharu yang dimaklumkan pihak berkuasa itu kelmarin.


Ibunya, Zaiton Othman, 64, memberitahu, keluarganya bersyukur dengan perkhabaran baik yang anaknya itu masih hidup.




Foto: Harian Metro




“Saya reda dengan ujian yang diberikan Allah serta hanya mampu berdoa dengan harapan agar anak sulung saya itu ditemui,” katanya kepada Kosmo.


Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Naquib berkata, keluarganya masih tidak mengetahui punca sebenar misteri kehilangan abangnya.


Katanya, Cikgu Hafiz adalah seorang yang ceria dan amat rapat dengan pelajarnya.


“Saya dimaklumkan oleh guru besar sekolah abang yang pelajar-pelajarnya amat merinduinya dan berharap Cikgu Hafiz segera kembali mengajar mereka,” ujarnya.


Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd. Khairi dilaporkan berkata, hasil maklumat seorang saksi di tempat kejadian mendapati, Cikgu Hafiz dipercayai sudah meninggalkan kawasan peranginan Sungai Sedim pada hari beliau dilaporkan hilang.


Katanya, polis menemui petunjuk bahawa orang hilang ini masih hidup dan pencarian di Sedim telah dihentikan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes bila heols ilang ni  ? Semoga jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mende la kau Hafiz. Balik la. Kot ye pon tengah syok cikcur.

Harap bukan jadik mangsa bunuh. Tu ja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols bercuti ke? Teringat misteri kehilangan Acap
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mana tau masih hidup?
ntah2 dah mereput mayat kt mana2..
bukan hari tu dia hilang..
dh 2 minggu sebelum tu tak pi kerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin boleh check transaction account bank if ada.. kan dah gaji ni.. klu masih hidup dan berada disesuatu tempat, tak kan dia tak guna duit kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 25-11-2023 11:12 AM

Selalu hilang tiba2.keluar balik jadi geng pelangi.mintak dijauhkan.semoga jumpa dengn cepat dan "safe and sound".
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cha-cha replied at 24-11-2023 11:37 PM
Heols bercuti ke? Teringat misteri kehilangan Acap

Apa kes acap tu ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 11:20 AM | Show all posts
Boleh trace kan last handphone signal dia connect kepada cell tower mana. Dah check ke belum? Atau berita ni sekerat sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
“ polis menemui petunjuk bahawa orang hilang ini masih hidup dan pencarian di Sedim telah dihentikan”.

Inform lah family, kesian mak tu risau ke awak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 kebarangkalian blh terjadi. Dlm kepala aku asyik terpk yg buruk. Maybe da diseludup ke Myanmar dipaksa jd scammer
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 25-11-2023 03:19 AM
Apa kes acap tu ye?

Yg hilang waktu Gopeng trail run tu.. back in 2019

https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/957523/sampai-ke-hari-ini-tak-jumpa-acap

siap ada benang bunian kat bod mistik hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bawak2lah balik cikgu even kalau ada terasa hati dgn keluarga...lama dah si ibu menanti kepulangan tu
semoga semua baik2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak mcm geng pelangi yg dilema pulak gmbr ni..
kalau ye dia lari sbb nk mulakn hidup baru jd diri sndiri sila bgtau family pastu pindah la us..
kalau kena culik i hrp ustaz slmt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
acap tu agaknya dh kena baham ngn ular sawa atau harimau kot kn..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke dah kawen? Hoho..
Cam cite novel plak.
Jatuh hilang ingatan..tumpang rumah ketua Kampung..berkenan dgn Anak gadis then kawen
Wah

Gitu imaginasi aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 25-11-2023 11:10 AM
Selalu hilang tiba2.keluar balik jadi geng pelangi.mintak dijauhkan.semoga jumpa dengn cepat dan "sa ...

iols pun percaya macam tu kalalu lelaki yang hilang. Kalau perempuan ikut jantan bak kata Changa
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 09:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apahal thread thn 2023 naik atas ni. Aku nk komen thread gisb tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:39 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069571 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list