CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 0

[Kedah] Remaja 15 tahun sanggup jaga bapa sakit, uruskan adik-adik

[Copy link]
Post time 22-11-2023 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Remaja 15 tahun sanggup jaga bapa sakit, uruskan adik-adik


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



KHADIJAH hanya mampu menyediakan mee segera uat adik-adiknya disebabkan ibu mereka tiada wang selepas bapa mereka sakit. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: Meskipun baru berusia 15 tahun, namun Nurul Khadijah Helmy Sham sanggup menggalas tanggungjawab menjaga bapanya yang sakit, selain memberi laluan kepada dua kakaknya untuk meneruskan pengajian.

Nurul Khadijah sanggup berkorban waktu demi menjaga bapanya, Helmy Sham Salamon, 49, yang menghidap ketumbuhan dalam perut sejak Mei lalu, menyebabkan dia tidak dapat hadir ke sekolah.

Selain sibuk menjaga bapanya, anak ketiga dari lapan beradik itu turut bergilir menggalas tanggungjawab menjaga lima adiknya di rumah ketika ibu mereka, Azliyana Othman, 45, menjaga bapa di hospital.

Nurul Khadijah berkata, apabila bapanya dimasukkan ke hospital, ibunya akan menjaga bapanya di sana dan ketika itulah dia mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya yang berusia antara 13 tahun hingga 10 bulan.





Katanya, adakala dia bergilir menjaga bapanya dalam wad dan ibunya pula mengambil alih menjaga adik-adiknya serta menguruskan kehidupan di rumah.

Menurutnya, kakak sulungnya, Nurul Syafiqah, 19, yang belajar di sebuah kolej di bandar raya ini, manakala kakak kedua belajar di tingkatan lima dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan.

"Kakak sulung dan adik kelima, Ahmad Muhammad, 11, pula menghidap talassemia menyebabkan mereka perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap sebulan sekali.

"Adik ketujuh pula, Nurul Khayra, 4, menghidap sawan dan ada kala penyakit itu menyerangnya pada bila-bila masa dan perlu dipantau sentiasa.

"Disebabkan itulah saya perlu berkorban untuk keluarga untuk menguruskan makan minum mereka di rumah selain menghantar dan mengambil adik-adik ke sekolah jika emak menjaga abah di hospital," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Marina, Kuala Kedah, di sini.

Menurut Nurul Khadijah, dia faham keadaan ibunya yang tidak mempunyai wang untuk menyediakan perbelanjaan harian di rumah menyebabkan dia sanggup menguruskan semuanya.

"Memang kami hidup susah sejak abah sakit sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menjaga adik-adik dan terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga mereka," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun 02134-29-00010944-1 Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Azliyana atau menghubunginya di talian 012-4860561.



Disiarkan pada: November 22, 2023 @ 9:26am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.080328 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list