CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6138|Reply: 0

[Kedah] Polis peroleh petunjuk baharu guru lelaki hilang

[Copy link]
Post time 21-11-2023 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Polis peroleh petunjuk baharu guru lelaki hilang


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Mohd Hafiz Jasmi yang dipercayai hilang dalam hutan di Pusat Rekreasi Sedim. FOTO IHSAN Pembaca




Alor Setar: Polis mengesahkan memperoleh petunjuk baharu bagi membantu siasatan kes guru lelaki yang dilaporkan hilang di Pusat Rekreasi Sedim di Kulim sejak 10 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, berdasarkan maklumat diterima, guru terbabit Mohd Hafiz Jasmi, 38, dilihat saksi keluar dari kawasan rekreasi itu dengan menaiki sebuah kereta lain.

Menurutnya, berikutan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung guru berkenaan boleh memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan sehingga ke puncak Gunung Bintang sebelum ini dihentikan selepas pencarian ke atas mangsa dilakukan selama lima hari kerana tiada petunjuk.

"Malah, kereta Proton Saga milik mangsa ditemui di kawasan itu juga dalam keadaan baik dan berkunci," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan guru lelaki dipercayai hilang dalam hutan di pusat rekreasi Sedim di Kulim.



Disiarkan pada: November 21, 2023 @ 7:58pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.080711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list