Kota Bharu: Tuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul lelaki di sebuah hotel, Disember 2020, Mahkamah Tinggi di sinI mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan terhadap seorang mudir madrasah.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.
Foto: Harian Metro
Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, ada tujuh isu yang dibangkitkan oleh Syamsul Zaman yang turut dikenali Ustaz Budak dan ketujuh-tujuhnya ditolak.
"Ini termasuk perayu yang mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai. Perayu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.
"ihak perayu gagal membuktikan mens rea (niat jahat) tetapi Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan alasan penghakiman Mahkamah Majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan dan niat perayu kepada mangsa.
"Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai. Justeru, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan kepada perayu yang bermula hari ini," katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap lelaki berusia 30 tahun di bilik hotel di Kota Bharu pada 1.15 pagi, 16 Disember 2020.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri. -CARI
..iols think budak 30 tahun tu tido kot tapi tersedar sebab/masa ustadz menghisab dan dia macam terkesima dengan perlakuan luar jangka seorang yang tinggi ilmu agamanya..
kenapa spesies ini memilih utk membottom atau mengetop walaupun dizahirkan sbg lurus dan alim?
mungkinkah takmau berudu2 betemu telor tp tidak mengapa jika telor belanggar telor?
i ada pendapat. kalau u hidup terlalu perfect sangat. ( solat puasa haji zakat )
tak tinggal. Iblis akan uturn ikut cara lain. orang laki ni hebat tara mana pun
kalau bab "sex" mmg habis la.