|
Kuala Lumpur: Tular video seorang pelanggan meletakkan anjing di dalam troli di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah, sekaligus mengundang kritikan ramai.
Pasar raya itu menerusi hantaran di Facebook berkata, pengawal keselamatan bertindak pantas menahan pelanggan terbabit dan menegurnya di kawasan parkir sebelum memasuki premis.
Foto: Harian Metro
"Troli itu sudah pun diasingkan dan dibawa ke belakang bangunan untuk dilupuskan juga (tidak digunakan)," katanya dalam hantaran itu.
Menerusi hantaran lain hari ini, syarikat berkenaan memaklumkan pihak pengurusan dan kakitangannya juga sudah menyertu semua troli di pasar raya itu.
"agi ini, pengurusan dan kakitangan sudah menjalankan kerja sertu atau samak dan pembersihan semua troli pasar raya.
"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan keprihatinan kepada kami," katanya.
Meninjau di ruangan komen di TikTok, ramai memuji tindakan pantas dibuat pasar raya itu demi kesejahteraan dan keselesaan semua pihak. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|