CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4339|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu sedia hadapi banjir luar jangka

[Copy link]
Post time 21-11-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

DR Ahmad Samsuri (duduk, dua, kiri) bertanya khabar mangsa banjir semasa melawat PPS Sekolah Kebangsaan Chendering, hari ini. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Terengganu bersedia menghadapi kemungkinan banjir luar jangka, susulan cuaca tidak menentu sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan semua agensi yang terbabit sudah melakukan persediaan sewajarnya, dari segi latihan, simulasi, bekalan dan sebagainya.

Katanya, agensi berkaitan juga sentiasa memantau keadaan terkini termasuk paras air sungai dan menggerakkan setiap aset dengan segera bagi membantu mangsa bencana.

"Saya rasa pengurusan memang terbaik, cuma kita perlu memastikan dari segi bekalan itu sebab bekalan memang sudah dihantar lebih awal, tetapi kita mahu bekalan-bekalan terutama bahan makanan itu dalam keadaan baik dan boleh digunakan.



"Sebab kita pun tak tahu berapa lama lagi tempoh banjir walaupun mungkin ramalan sampai 22 hari bulan (tetapi) 23 hari bulan itu diberi satu hari lagi kerana kemungkinan tekanan rendah di Selat Melaka menyebabkan mungkin akan ada hujan pada 23 hari bulan, tetapi kita berharap ia tak berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Chendering di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya ada menyediakan pelan kontingensi sekiranya ada PPS yang penuh atau dinaiki air akibat banjir.

Katanya, pihaknya juga sentiasa berhubung dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mengetahui keadaan cuaca negara terkini terutamanya di Terengganu.

Banjir yang memasuki hari kedua hari ini semakin buruk apabila lebih 1,000 penduduk di empat daerah terjejas.

Sebanyak 14 PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -banjir-luar-jangka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 2.086366 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list