CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2462|Reply: 0

[Terengganu] Mangsa banjir Terengganu bertambah, merebak ke Marang

[Copy link]
Post time 21-11-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu yang ditenggelami banjir sejak semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu yang masuk hari kedua hari ini, bertambah buruk dengan mangsa terjejas meningkat kepada 1,431 orang daripada 400 keluarga.

Setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di empat daerah iaitu tujuh di Kuala Nerus, Kuala Terengganu (empat), Setiu (dua) dan Marang (satu).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu berkata, Kuala Nerus menempatkan paling ramai mangsa di PPS iaitu 699 orang daripada 189 keluarga.

“Kesemua mereka kini berlindung di tujuh PPS iaitu Dewan Serbaguna Tok Jembal, Dewan Flat Batin Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ketapang, SK Bukit Nenas, SK Bukit Tunggal, Dewan Serbaguna Wakaf Catur dan Balairaya Banggol Tok Jiring.

“Seramai 574 mangsa daripada 173 keluarga pula berlindung di empat PPS di Kuala Terengganu iaitu SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu berkata, dua PPS beroperasi di Setiu iaitu Balairaya Kampung Bintang dan Balairaya Kampung Bari Besar yang menempatkan 26 mangsa daripada enam keluarga.

Tambah beliau, Marang pula baru membuka satu PPS di SK Bukit Gasing dengan 132 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan.

Cuaca buruk di Terengganu dijangka berterusan sehingga lusa berdasarkan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MET Malaysia), semalam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -merebak-ke-marang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 1.362463 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list