CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3151|Reply: 31

Wanita Tertekan Ibu Berleter Sebab Asyik Beranak, Ada Ijazah Tapi Jadi Suri Rumah

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita selalu dileteri oleh ibu sendiri gara-gara beranak ramai.


"Saya ibu empat anak, sekarang hamil yang kelima. Isunya sekarang mak saya selalu bising katanya saya asyik beranak je. Selang dua tahun beranak.


"Asal jumpa je, mesti sebut pasal tu sampai saya jadi stres. Dia cakap sudah-sudahlah tu, kerja beranak ja.


"Saya jadi tak best pregnant kali ni sebab rasa mak macam tak suka saya. Stres sangat apabila difikirkan," luahnya.




Gambar Hiasan




Menurutnya dia mempunyai ijazah sarjana muda namun kini merupakan seorang suri rumah dan melakukan bisnes kecil-kecilan secara dalam talian (online) di rumah.


"Itu juga salah satu isu sebab mak saya bising. Saya faham dia marah sebab saya tak bekerja macam kawan-kawan saya yang lain walaupun saya ada juga buat bisnes online sambil jaga anak," kongsinya lagi.


Tambah wanita berkenaan, ibunya turut mencadangkan supaya dia melakukan perancangan keluarga dengan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL), iaitu salah satu cara mencegah kehamilan melalui pembedahan yang mana ia mengikat saluran peranakan wanita.


"Saya dan suami memang tak pernah merancang, sebab suami memang suka anak ramai. Dia pun ada sembilan adik-beradik.


"Apa perancang yang okay ye sebab sebelum ni saya pernah makan ubat je lepas bersalin tu selama enam bulan. Lepas tu rancang sendiri je," katanya lagi.


Luahan tersebut yang dibuat di grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang perhatian warga maya.


Rata-ratanya tampil memberikan pandangan dan cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah wanita berkenaan.


"Mungkin mak ayah penat hantar belajar sampai degree, ingatkan boleh membantu mak ayah ringankan beban. Tup tup jadi suri rumah, income tak setimpal lepas tu asyik beranak.


"Semoga tabah... biarkan orang nak kata apa walaupun ibu sendiri. Janji sis yang jaga dan besarkan anak. Mungkin ibu risaukan kesihatan sis atau ekonomi keluarga. Cakap elok-elok dengan ibu.


"Sis boleh cuba IUCD (Intrauterine Contraceptive Device). IUCD best. Tak ada effect, hormon tak ganggu dan period pun okay," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia kje apa
Mungkin mak dia sedih tgk… ank dia comot sememeh sbb jaga ank 4 nk masuk 5
Dah lama xde bj baru, brg kemas tu la seutas gelang masa kawen. Tu yg mak membebel tu.
Klu dia tgk ank dia elok kemas, selalu ada bj baru, mesti mak dia xbising beranak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia ke yg support family pompuan ni?

Kalo parents yg support, mmg patut ler mak dia bising. Hantor anak belajar tinggi2, last2 dok
rumah jadik housewife. Kalo tahu dulu baik tak
payah hantor anak masuk Uni, perabihkan duit dan masa mak bapak.  

Kalau suami tu berpendapatan tinggi, sememangnya mampu, then let it be. Apa salahnya isteri jadik surirumah.
Jgn masuk campur urusan keluarga anak2 jika tak perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols empati kat mak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak kau baca porom, sbb tu asyik berletiaq kat kau, tambah plak klu dia yg jd nanny free of charge wktu kau masuk spital, jg anak kau wktu kau sakit, bermetime dgn somi kau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau suami terlebih mampu dan tak menyusahkan makayah menjaga anak so knp nak runsing??
iols rasa mak dia tgk keadaan dia+anak2+rumah sememeh tggang terbalik tu naik semak biji mata kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak saya pulak, bising, tambahla anak.
Takkan 2 je. Nanti tua menyesal

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:55 PM | Show all posts
aku rasa mak dia rimas tgk anak comot sememeh pastu manjang beranak - gelang seken takde ke apa. pastu gaknya menantu dia keje biasa2 pulak. esok kalau menantu dia mati, kesian anak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Valid je mak tu komen... dia tengok anak dia hidup menyangkak mesti lah marah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:03 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 21-11-2023 12:27 PM
Mak kau baca porom, sbb tu asyik berletiaq kat kau, tambah plak klu dia yg jd nanny free of charge w ...

bukan kes ni je la kan, i tgk bnyk yg mcm tu pun, biasa mak2 mmg akan jaga anak perempuannya berpantang..mak tu nak bantu pun dah cukup baik kan. yg suami pun agak2 lah, kalau tk mampu hire pembantu, tk payahlah bersusun susun anak tu..tgk kemampuan diri lah.. pandai2lah bantu mana2 yg patut. bnyk mak2 ni kesian kat anak2..tak sampai hati tu mmg sifat seorang mak..tp sbg anak berpada lah dgn bantuan drpd mak tu..ada yg baby pun tido dgn mak masa berpantang. suami isteri elok tdo sama. dh tentu2 baby bangun malam mak yg urus. perkara ni berlaku keliling i. mmg kesian kat mak tu. teringat akhir zaman mak2 melahirkan tuan2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:08 PM | Show all posts
cerita dia pun tak penuh kenapa mak membebel..
entah-entah beranak banyak tapi laki gaji cukup makan..
mak mana tak sakit hati bila dengan mereka anak hidup senang selesa diberi pelajaran..
dah kawin tetiba tak kerja laki bagi duit ala kadar dari lawa lip lap jadi kusam serabai tak terbela..
ujung-ujung esok laki kau cari pompuan lain, tak ke dia jugak susah nak kena tanggung anak cucu..
ingatkan dah bagi belajar tinggi, lepas la tanggungjawab nak kena sara kau lagi..
ujung-ujung bertambah beban kena chip in tolong anak menantu cucu nak hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa mak dia lebih kpd simpati. mungkin ekonomi tk mcm anak yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:42 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-11-2023 01:08 PM
cerita dia pun tak penuh kenapa mak membebel..
entah-entah beranak banyak tapi laki gaji cukup makan ...

kan...mak dia maybe sedih bela anak hantar belajar tinggi2 pastu anak berkepam kat rumah beranak non stop takde income sendiri(and kalau dok KL laki ko keje sorang mmg boleh jatuh tahap B40). so valid je la concern mak dia tu...unless laki dia TMJ ke, anak politicians UMNO 7 keturunan duit x abis ada nannies sorang satu utk anak2, then ok sure mak dia xde bebel2...bole tumpang sekaki lg kekayaan anak menantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun rimas jenis byk ank ni
Kalau balik kampung laki aku jenis yg ada 4-5 ank ni rimas nya aku tgk.bising bingit..sorang ank menangis sorng nak mkn sorng nak berak..tak terlayan pun..kesian aku tgk aku lah dok tlg layan ank2 depa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada peluang beranak pi beranaklah, ada ramai nak beranak tapi laki mandul lah, tua lah, andartu antertu lah. Kalau yg ada degree buat la sesuatu supaya income setaraf degree
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku tak kisah pun aku anak berapa yang dia kisahkan takut anak aku membesar dlm dunia tak islamic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mil aku mengeluh pasal benda camnila. Adik ipar Dah habis study terus nak nikah, mak ayah makpak sedara abis pujuk tak jalan, katanya ada rezeki lepas nikah. Fast forward dh 5 thn lepas nikah, anak pun 2, keja pun blom. Dia semangat nk pi kerja, psl belah laki dok hint2 kata abiskan duit laki yg tak seberapa. Tp nk keja camna, anak 2 org tu dok melekat ja. Ni pun dia rajin buat online pun tetap dimengata jua.

Aku pulak masa awal pregnant num 3, mak iols yg susah hati. Psl masa tu dok KL, cost of living tinggi. Masuk no 4 dia dh ok psl dh pindah keja kt kg.

Mak2 ni nak tgk anak menantu senang walaupun tak kaya. Tp jgn dok susahkan depa. Tapi harapnya kalu dh anak bersusun ni patut laki tt kena take part la. Kalu tgk lepas kat anak semua walau anak tak bising, mak mana tak jadi rimau
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 03:52 PM | Show all posts
simpati tp nk tau mak imas sb ape? diri sendiri serebeh x serupa org ke? mak bela lawa2 lps kawin jd serabai? anak sakit pahtu hempas jua ka mak sedangkan mak nk rileks2 di usia tua? duit bulanan n makan x cukup then tpksa pegi mkn rmh mak?


kalau yg mcm ni, mmg baik ko x sah beranak lagi walau lakiiiiiiiiiii suka anak ramai. nyusah ke org tua lps kawin, sgt la x patut. sb korang dh ada anak, so sila jgn tambah lg kalau ekonomi x kukuh. sb susahkan mak faktor anak ramai ni, pilihan. maka pilih la nk cukup mana ada atuuu nk tambah lagi anak. pk pakai otak sis. jn duk berpegang anak tu rezeki, rezeki x dtg bergolek di zmn mencabar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 04:29 PM | Show all posts
Nak nak anak berderet umur dekat dekat..
Lepas tu suami pemalas nak tolong sebab dah bini tak kerja kan sure anggap segala mala kerja bini..

Sedih lah mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 04:39 PM | Show all posts
Ni aku syak sebb anak dia terbiar dan cucu-cucu dia x dijaga dengan elok. Kebajikan kelaut. Ce kalau gaji puluh ribu, ko beranak sampai 10 pun org tak kesah kalau siap bibik apa semua. Mcm someone aku kenal, anak 6..tengah pantang. Sian ooo..umah jgn cakap la rupa apa. Rezeki kaaaan. Asal bahagia leee.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055207 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list