CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2276|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mohd Dawisy Zarif jalani pembedahan ganti kulit

[Copy link]
Post time 20-11-2023 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Dawisy Zarif jalani pembedahan ganti kulit


Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 20, 2023 @ 5:20pm [email protected]







GEORGETOWN: Kanak-kanak berusia 12 tahun yang melecur hampir seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Khamis lalu kini sedang menjalani pembedahan menampal kulit.

Ibunya, Suhana Samsudin, 37, berkata, pembedahan terhadap Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi itu berlangsung sejak jam 12 tengah hari di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Pada masa ini dia masih berada dalam bilik pembedahan sejak jam 12 tengah hari tadi dan tidak pasti berapa lama (tempoh).

"Pembedahan berkenaan dijalankan bagi menampal kulit namun saya tidak difahamkan dengan lanjut oleh doktor.





"Saya masih menunggunya sehingga pembedahan selesai dan hanya berdoa supaya semuanya selamat kerana rindu serta sudah tidak sabar mahu peluk erat Mohd Dawisy Zarif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa dikatakan memasuki bilik jana kuasa elektrik TNB di Jalan Kampung Bukit dekat Taman Sri Bayu, bagi mengambil bola miliknya yang terjatuh dalam premis berkenaan.

Mangsa yang terkena renjatan elektrik dikejar ke HPP kemudian ditidurkan sepanjang rawatan sejak hari kejadian selepas mengalami 50 peratus melecur serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Laporan polis juga sudah dibuat waris mangsa pada Jumaat lalu.

Mengulas lanjut Suhana berkata, sejak kejadian itu, fikirannya sangat runsing serta beremosi terutama ketika ditanya mengenai anaknya.

Malah abang kembar kepada Mohd Dawisy Zarif juga lebih suka berdiam diri selain mengadu teringat kepada adiknya.

"Sejak kejadian itu, memang fikiran saya agak terganggu dan saya harap semua dapat memahaminya.

"Sebagai seorang ibu, memang 'hancur hati' saya bagi menghadapi semua ini, jadi diharap semua pihak dapat beri kami ruang untuk menempuh detik sukar.

"Saya tidak mahu apa-apa dan belum pertimbang sebarang tindakan, cuma mahu Mohd Dawisy Zarif pulih dan sihat dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lanjut Suhana berkata, dia berharap orang ramai berhenti menularkan video kejadian kerana ia amat mengganggu emosi keluarga.

"Bayangkan jika video rakaman anak anda menggelupur kesakitan ditularkan dan percayalah, bagi saya ia amat 'menyakitkan' sehingga kerap bermimpi kejadian itu," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.085210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list