CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3060|Reply: 34

Bergesel Sesama Sendiri, Geng Basikal Hampir Maut Digilis Lepas Terjatuh

[Copy link]
Post time 20-11-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penunggang basikal hampir maut apabila dia terjatuh selepas bergesel dengan rakannya di sebuah jalan raya.


Melalui satu video tular yang dimuat naik di laman media sosial X (Twitter) pada Isnin, kejadian itu berlaku pada Ahad.


"Takut tengok hobi orang berbasikal ini. Nasib umur masih panjang. Hampir kena gilis kereta selepas bergesel sesama sendiri," ciapnya @anthraxxx781.








Daripada rakaman papan pemuka kenderaan (Dashcam) tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki berkenaan berada di lorong kiri jalan dan keadaan jalan pada waktu itu juga agak sesak.


Tindakan mereka yang didakwa mementingkan diri sendiri yang berbasikal secara berbahaya dengan memotong sesama sendiri membawa padah apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke tengah jalan.


Namun, nasib baik menyebelahi dirinya kerana ketika kejadian, kereta yang berada di belakang lelaki berkenaan sempat mengelak dan tiada kemalangan membabitkan kenderaan lain yang berlaku.




  



Pada masa sama, video tersebut turut menarik perhatian warga maya kerana ia bukanlah kali pertama insiden seumpama itu berlaku.


Rata-rata warga maya mengharapkan agar aktiviti berbasikal tersebut diharamkan di atas jalan raya yang tertentu terutamanya pada waktu kemuncak.


"Elok kerajaan haramkan aktiviti berbasikal seperti ini, banyak sangat kes yang melibatkan kemalangan," kata @Qurdiy8.


Terdahulu, Majoriti melaporkan tindakan sekumpulan lelaki berbasikal yang 'mengganggu' aliran trafik di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini mencetuskan kemarahan warganet.


Dalam satu video tular di laman media sejak Rabu, memaparkan perbuatan individu terbabit yang didakwa mementingkan diri sehingga menyebabkan trafik bertukar perlahan akibat aktiviti berbasikal yang dijalankan.


Situasi lebih meruncing apabila salah seorang daripadanya meminta kereta di belakang untuk memotong di laluan garisan berkembar yang jelas merupakan kesalahan jalan raya.


Untuk rekod, menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.


Individu yang disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.


Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung isu tersebut setakat ini dan orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi keselamatan jalan raya. —CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak cakap kan..
Tapi tu.lah..
Taman iols pung time orang nak gi keje bz2 Jalan tu..time tu la dia menunggang basikal Sama Sama...
Padahal ada je Jalan kat belakang Taman iols tu yang tak banyak keje..hala.ke dalam la tapi...
Hari tu Ada siap hon lagi..buat donno je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah. Nak cakap lebih2 semua dah besar panjang so iols ckp pendek je la..adan uker.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 20-11-2023 08:08 PM
Entahlah. Nak cakap lebih2 semua dah besar panjang so iols ckp pendek je la..adan uker.

Kalau u lalu jalan Banting..penuh dgn org berbasikal..padahal jalan tu tgh construction..dan sangat2 x sesuai jalan mcm kampung koboi tu berbasikal dgn lori2 besar keluar masuk dan kereta mmg bnyk lah...mmg x syg nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
astagaaa.. kecut perut tengok keta masuk laluan bertentangan... dgn motor2 & keta driving school org tgh belajar.. berisiko sgt sgt sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kat taman2 punya la byk org buat utk berbasikal nak juga kayuh kat jln raya.
mslhnya kalau mati tergolek tak melibatkan org lain takpe, ni ada la nati kan kete laju, moto himpit, lori merapat...punya la nak menang kat depa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 20-11-2023 08:19 PM
Kalau u lalu jalan Banting..penuh dgn org berbasikal..padahal jalan tu tgh construction..dan sanga ...


Tak payah jln banting cik noor, pagi2 berlumba dgn derang jalan besar kat kota warisan towards putrajaya ni jalan dah le sibuk org gomen pun duk berkejar nak masuk opis dgn lori2 lagi, dia boleh dok tengah2 gila betul.  Yg haritu kena sodok masuk thread jugak tu jalan ni la jugak.  Geram je nengok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau org naik basikal sbb tkde keta tkde motor nak pegi keje i ok lagi. Ni berkumpulan kenapa buat kat jalan org lalulalang nak hantar ambik anak sekolah/tucen, nak pegi keje, belajar bawak keta, anto brg etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 20-11-2023 08:33 PM
Tak payah jln banting cik noor, pagi2 berlumba dgn derang jalan besar kat kota warisan towards put ...

Elok ada yg kiok..depa yg mintak ..pemandu kereta terpaksa berhati2
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:44 PM | Show all posts
ramai bodo ni sibuk nyelit waktu rush hour... patut dia tegolek lambat 2-3 mins, time lori pasir belakang tu dekat.. kalau kereta ni ngelak, dia pulak hentam laluan sebelah macam mana? bukan boleh claim insurans pun ke basikal hutang bayar tak habes lagi tu..

satu line sudah lah, dok buat dua line dah kenapa, bukan laju mana pun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:58 PM | Show all posts

dia jatuh sbb berlaga sesama sendiri
kalau kena gilis
salah yang kena gilis or menggilis?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:03 PM | Show all posts
Dah tau jalan tengah banyak kenderaan nak jugak kau jalan beriringan & potong member. Geram je camni. Jenis menyusahkan orang ni. Ni kalau kena langgar, takde pulak dashcam as bukti, tak pasai yang bawak kereta kena.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie: Entahlah. Nak cakap lebih2 sem ...


like sejota kali
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 09:56 AM | Show all posts
Edited by Samerosie at 21-11-2023 09:58 AM
noor2 replied at 20-11-2023 08:43 PM
Elok ada yg kiok..depa yg mintak ..pemandu kereta terpaksa berhati2

Ni ha kat rumah iols ni yg haritu kena sodok.  Ni kul 7 pg jalan ni memang busy gila sebab orang dr Nilai, Salak Tinggi, Banting guna nak gi ke Mex or putrajaya.  Orang sibuk nak gi kerja, hantar anak sekolah etc, dia sibuk nak main beskal.

Edit:  Sorry, ni towards Salak Tinggi, KLIA but dua2 belah jalan pun ada derang ni.





Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:02 AM | Show all posts
selepas melihat video, iols nak kata padan muka je pd yg jatuh tu
mujo tak kena 'hentam' dgn kenderaan dr belakang

ko nak berbasikal tak salah tp tolonglah jgn suka kayuh seiringan
nak kayuh seiringan tu pun tgk pd keadaan dan tempat
kalau nak memotong pun, toleh2 la belakang dulu atau pasang la cermin 'side mirror'
jgn potong guna niat tanpa tengok kenderaan dr belakang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:16 AM | Show all posts
Nak lalu jalanraya buatlah single file.. senang sikit kete nak potong. Nak naik basikal tapi bodo.. jalanraya sebok ko nak jugak ride side by side dgn member.. yang kat hulu langat tu sampai 3 file macamana kete nak potong. Depa ingat depa kayuh cukup laju.. laju2 basikal pun paling kuat 35-40 km/hr.. tu setakat kelajuan kete dalam taman je.. kalau kete gear 2 nak masuk gear 3 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hobi mahal
Kalis teguran
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:13 PM | Show all posts
ni x sabar nak jumpa Allah ke camner?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:39 PM | Show all posts
Adegan yang ingin kita lihat
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:48 PM | Show all posts
iye kadang tak faham jalan kota warisan towards pjaya ni or towards salak tinggi ni traffic bz giler tp depa ni doklah naik basikal ramai2. ku pikirin depa ni atlet2 basikal le tour de langkawi kot hahahahaha jenis naik basikal kat jalan raya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067139 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list