CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang lantik kontraktor atasi mendapan selut di dua kuala

[Copy link]
Post time 20-11-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang lantik kontraktor atasi mendapan selut di dua kuala

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 November 2023    11:46am




Gambar hiasan - Foto 123RF



GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang telah melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja mengorek serta membuang selut dan beting pasir bagi menangani masalah pemendapan selut di Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru.

Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, kerja-kerja itu merupakan perancangan jangka pendek dan telah selesai dijalankan pada bulan lalu.



Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang memaklumkan bahawa masalah pemendapan selut telah menyebabkan Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru menjadi cetek dan alur lalu semakin sempit.

"Masalah itu merupakan masalah yang berulang, namun mengikut Jabatan Perikanan Pulau Pinang, masalah ini telah menyukarkan vesel nelayan setempat untuk melalui kawasan tersebut.



"Bagaimanapun, berdasarkan data pendaratan, hasil tangkapan nelayan tidak terjejas.

"Ini dibuktikan dengan jumlah hasil tangkapan nelayan bagi kawasan pulau iaitu 17,4234 tan metrik pada tahun 2021 dan 19,706 tan metrik pada 2022," katanya ketika menjawab soalan lisan Muhamad Kasim (Bersatu-Telok Bahang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini pada Isnin.

Fahmi menambah, pada tahun ini, dua kerja telah dijalankan iaitu mendalam dan membaiki sungai di Pantai Acheh, Sungai Pinang serta lain-lain kerja berkaitan di daerah Barat Daya.

"Tarikh mula adalah pada 5 Mei dan tarikh siap adalah pada 31 Julai.


"Jumlah kos yang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja ini adalah sebanyak RM89,900.

"Selain itu, bantuan mesin penarik enjin sampan bernilai RM20,000 juga telah diletakkan di jeti pada tahun 2020 bagi membantu nelayan-nelayan di situ," katanya.



Jelasnya lagi, kerja-kerja mengorek dan membuang selut serta beting pasir di muara Kuala Jalan Baru juga dibuat pada 11 Oktober dan siap pada tarikh 1 November.

"Kos yang dikeluarkan bagi kerja-kerja ini pula adalah sebanyak RM19,950.

"Bagaimanapun, JPS memaklumkan bahawa kawasan muara berkenaan kerap terlibat dengan fenomena air pasang surut.

"Keadaan ini akan mengakibatkan masalah selut, tambor dan beting pasir sentiasa berlaku di kawasan tersebut.

"Sementara bagi perancangan jangka masa panjang pula, kerajaan negeri melalui JPS akan melakukan kerja-kerja mengorek muara sungai terbabit pada setiap tahun mengikut keperluan semasa," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035961 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list