CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10567|Reply: 0

[Pulau Pinang] Budak melecur, ambil bola dalam bilik janakuasa elektrik

[Copy link]
Post time 17-11-2023 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Budak melecur, ambil bola dalam bilik janakuasa elektrik


Audrey Dermawan
[email protected]



Kanak-kanak lelaki mengalami melecur hampir seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik, dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit, Taman Sri Bayu di sini. FOTO TULAR




Bayan Lepas: Kanak-kanak lelaki yang masuk ke bilik stesen janakuasa elektrik TNB untuk mengambil bola, melecur selepas tersentuh alatan elektrik di dalam bilik itu.

Balai bomba dan penyelamat Bayan Baru dimaklumkan mengenai kejadian di Taman Sri Bayu di sini, pada 4.55 petang.

Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengalami lecur teruk.

"Mangsa dibawa oleh paramedik untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Hirman berkata, pasukannya menjalankan pemeriksaan rapi di kawasan bagi memastikan tiada lagi bahaya sebelum kes diserahkan kepada TNB.

Katanya, operasi itu ditamatkan pada 5.43 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian itu.

"Kanak-kanak itu memasuki bilik stesen janakuasa untuk mengambil bolanya sebelum dia terjatuh," katanya.

Video kejadian malang itu turut tular di media sosial.



Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 8:11pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.044141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list