CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 1

[Pulau Pinang] ‘Tiada permohonan maaf, tunggu di mahkamah’

[Copy link]
Post time 15-11-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Gambar kenangan arwah Muhammad Nabil bersama kakak keduanya, Imanina.

GEORGE TOWN – Keluarga pemuda yang maut bersama bakal tunangnya dalam nahas di Jambatan Pulau Pinang pada Sabtu lalu bercadang untuk menuntut keadilan atas kematian mangsa di mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan Nurizyanizzanti Nasuha Nasua, 25, yang memberitahu, keluarga kedua-dua pihak sudah melantik peguam bagi membantu me­ng­u­ruskan kes kematian adiknya, Muhammad Nabil Zikry dan pasangan pemuda itu.

“Sejak kejadian menimpa arwah adik pada Sabtu lalu, sampai hari ini (Selasa) kami tidak menerima apa-apa panggilan atau permohonan maaf serta pertemuan dengan keluarga remaja iaitu pemandu kereta yang terbabit dalam nahas tersebut

“Kalau boleh, kami tidak mahu ada apa-apa pertemuan dengan mereka, jumpa kami di mahkamah nanti.

“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah melantik peguam untuk menguruskannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, kakak sulung daripada empat beradik itu berkata, mereka mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan secara telus meskipun si pelaku merupakan individu bawah umur.

“Emak saya kehilangan anak, harap semua pihak faham de­ngan situasi yang berlaku ketika ini,” ujarnya

Semalam Kosmo! melaporkan arwah Muhammad Nabil kerap berkongsi hantaran mengenai kematian di akaun TikToknya sejak tiga bulan lalu.

Arwah Muhammad Nabil dan pasangannya dijadualkan mengikat tali pertunangan pada 17 Disem­ber ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, arwah Muhammad Nabil dan bakal tunangnya dikenali sebagai Sabrina disahkan maut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta Toyota Lexus

Susulan kejadian kemalangan itu, polis memberkas pemandu kereta tersebut yang berusia 16 tahun.

Remaja tempatan itu direman selama sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tunggu-di-mahkamah/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 11:01 AM | Show all posts
Bagus! Moga seumur hidup budak tu celaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.081432 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list