CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah meningkat

[Copy link]
Post time 15-11-2023 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah meningkat


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



FOTO HIASAN




Alor Setar: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar malam tadi berikutan limpahan air Sungai Anak Bukit mencatatkan melebihi paras bahaya.

Ini menjadikan jumlah PPS yang masih aktif di negeri ini adalah tiga yang menempatkan keseluruhan mangsa seramai 107 mangsa daripada 34 keluarga di dua daerah di negeri ini iaitu di Kota Setar dan Kubang Pasu setakat jam 8 pagi hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di daerah Kubang Pasu mencatat jumlah seramai 31 mangsa daripada tujuh keluarga.

Beliau berkata, di daerah Kota Setar pula, PPS di SK Titi Gajah yang dibuka jam 5.30 petang semalam menempatkan seramai 44 mangsa daripada 18 keluarga.

"PPS baharu yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah pada jam 11 malam tadi menempatkan seramai 32 mangsa daripada sembilan keluarga.

"Antara kampung yang terjejas banjir di daerah Kota Setar adalah di Kampung Alor Gunung, Kampung Pulau Kerengga, Kampung Seberang Chegar, Kampung Perang, Kampung Titi Gajah, Kampung Alor Senjaya dan Kampung Bohor di daerah Kota Setar yang dinaiki air sejak semalam," katanya.

Dalam pada itu, tiga sungai di Kedah didapati sudah melebihi paras bahaya iaitu masing-masing satu di daerah Kota Setar dan dua di Kubang Pasu.

Berdasarkan web Public Infobanjir, bacaan paras air Sungai Anak Bukit di Taman Aman di Kota Setar mencatatkan melebihi paras bahaya iaitu 3.08 meter manakala Sungai Bata di Kampung Bata, daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan 9.45 meter manakala Sungai Padang Terap di Kepala Batas di daerah Kubang Pasu mencatatkan 3.83 meter.

Dua lagi sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di daerah Kota Setar, Sungai Pendang di Pekan Pendang menunjukkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di Kota Setar pula sudah melebihi paras waspada.

Kesemua sungai terbabit menunjukkan trend menaik.



Disiarkan pada: November 15, 2023 @ 8:47am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060378 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list