CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4024|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang bakal terima air terawat dari Perak 10 tahun lagi

[Copy link]
Post time 14-11-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Rakyat Pulau Pinang bakal menikmati bekalan air terawat dari Perak dalam tempoh lapan hingga 10 tahun lagi susulan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Perak baru-baru ini. - Gambar kecil: Kon Yeow



GEORGE TOWN - Rakyat Pulau Pinang bakal menikmati bekalan air terawat dari Perak dalam tempoh lapan hingga 10 tahun lagi susulan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Perak baru-baru ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek tersebut akan dilaksanakan secara berfasa berikutan di bahagian utara Perak ada keperluan kegunaan pertanian.

Menurutnya, selain itu, pengumuman baru-baru ini pula memaklumkan bahawa utara Perak dipilih menjadi hub industri yang baharu.

"Projek ini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga 10 tahun dan akan dilaksanakan secara berfasa memandangkan negeri Perak di bahagian utara ada keperluan kegunaan pertanian.

"Tambahan pula pengumuman bahawa utara Perak dipilih menjadi hub industri yang baru, maka bagi Perak ini keperluan yang mendesak. Ini kerana, selagi air tidak ada, selagi itu projek sedemikian tidak dapat dilaksanakan dengan baik," katanya selepas merasmikan Jawatankuasa Jawatankuasa 2023 – 2026 Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), di sini pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang selepas perbincangan antara kedua-dua Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan mencapai kata sepakat.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan kedua-dua kerajaan negeri untuk mengkaji segala kos sebelum proses memohon peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, utara Perak.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, projek tersebut telah dipersetujui setelah Pulau Pinang menyedari pendirian Perak yang hanya akan menimbang bekalan air terawat dan bukannya air mentah.



"Pulau Pinang menyedari pendirian Perak yang cuma akan menimbang untuk memberikan air terawat dan kita pun membuat pendirian, kita akan minta rundingan atas air terawat (bukannya air mentah).

"Ini kerana, jika kita bertegas masih mahukan air mentah, maka rundingan tidak akan berlaku, persetujuan tidak akan dicapai, dan akhirnya isu masih tidak dapat diselesaikan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... perak-10-tahun-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.222778 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list