View: 2957|Reply: 0
|
[Kedah]
Operasi cari guru hilang dalam hutan di Sedim ditamatkan
[Copy link]
|
|
Anjing pengesan (K-9) JBPM turut digunakan untuk membantu mencari Mohd Hafiz Jasmi yang masih hilang di kawasan hutan Pusat Rekreasi Sedim malah operasi SAR turut dilakukan sejak Jumaat lalu. FOTO IHSAN BOMBA
Kulim: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Hafiz Jasmi, 38, guru yang hilang di hutan Pusat Rekreasi Sedim di sini ditamatkan semalam selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, operasi dihentikan jam 4.40 petang semalam selepas tiada sebarang petunjuk ditemui di lokasi pencarian.
"Tiada petunjuk mangsa benar-benar berada di situ (hutan Pusat Rekreasi Sedim)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Hafiz yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Kulim dilaporkan hilang di pusat rekreasi itu.
Bagaimanapun, operasi SAR dilakukan selepas laporan berkaitan kehilangan mangsa dilakukan pasukan penyelamat pada Jumaat lalu.
Namun, hanya kereta Proton Saga milik guru terbabit ditemui di kawasan parkir di kawasan berkenaan.
Operasi disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech seramai 12 orang dan Pasukan Must Team seramai lima orang serta unit anjing pengesan (K-9) serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan renjer hutan, malim gunung serta penduduk kampung.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-sedim-ditamatkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|