|
LIM Guan Eng
Kepala Batas: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menerima dua laporan polis yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, setakat ini.
Dua laporan itu adalah bagi meminta polis menjalankan siasatan ke atas ucapan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang terbabit yang mengaitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan keluarganya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng dan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
Katanya, keterangan Dr Siti Mastura akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Bukit Aman, esok.
"Laporan pertama berhubung kejadian ini telah dibuat berkait laporan polis di Teluk Intan, Perak dan siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Setakat ini, kita (IPD Seberang Perai Utara) menerima dua laporan polis yang dibuat ke atas beliau (Dr Siti Mastura) dengan laporan terbaharu diterima kelmarin," katanya.
Terdahulu, Dr Siti Mastura pada suatu majlis dirakam mendakwa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Selain itu, dalam rakaman sama, dia mendakwa Kuan Yew adalah sepupu Kit Siang selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eluarga-dengan-chin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|