CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 946|Reply: 0

[Perlis] Syed Saddiq tak patut letak jawatan - Shahidan

[Copy link]
Post time 13-11-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Syed Saddiq tak patut letak jawatan - Shahidan


Aizat Sharif
[email protected]



SHAHIDAN menyampaikan ucapan semasa Majlis Penutup Seminar Strategi Pembangunan Wanita Mualaf Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Negeri Perlis. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak sepatutnya mengosongkan jawatannya sebagai Presiden kerana parti itu masih memerlukan kepimpinannya.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, meskipun akur dengan keputusan yang dibuat oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia melihat Syed Saddiq akan kembali semula mewarnai arena politik tanah air.

"Saya melihat Syed Saddiq ini mempamerkan satu idealisme orang Muda dimana orang muda jika kena hukum dengan secara terhormat berhenti jadi presiden dan tindakan dia 'bercuti' ini adalah untuk membolehkannya dia memberi perhatian pada kesnya yang dilihat agak berat.

"Namun begitu, bagi saya dia tidak patutlah bercuti sebab kepimpinannya masih diperlukan dalam membawa idealisme orang muda yang mahu melihat satu keadilan sama rata diberi perhatian," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Strategi Pembangunan Wanita Mualaf Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Negeri Perlis di Kuala Perlis, hari ini.

Katanya, Syed Saddiq adalah wakil rakyat yang memperjuangkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang.

"Idealisme orang muda itu terpaksa dibuat dengan satu pengorbanan yang besar oleh beliau tetapi Insyaallah beliau akan kembali kerana dia masih muda dan tiada masalah untuk dia terus berada dalam arena ini.

"Kami (Perikatan Nasional) menyokong beliau malah saya sendiri menyokong beliau," katanya.

Khamis lalu, Syed Saddiq dihukum penjara tujuh tahun, dua kali sebatan dan denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).



Disiarkan pada: November 13, 2023 @ 12:16pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037515 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list