CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sabrina, Nabil semoga bersama di ‘sana’

[Copy link]
Post time 13-11-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Muhammad Nabil (kanan) bersama kakaknya, Nur Imanina.

SEBERANG PERAI – “Adik saya bakal bertunang pada 17 Disember ini, namun tidak membuat persiapan awal kerana bimbang ia akan menjadi kenangan.”

Itu luahan Nur Imanina ­Nasuha Nasua, 24, kakak kepada Muhammad Nabil Zikry, 23, yang maut selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala arah Perai, Bukit Mertajam, awal pagi kelmarin.

Seorang gadis dikenali sebagai Sabrina yang menaiki motosikal sama turut maut dalam insiden berkenaan.
Katanya, biarpun majlis pertunangan dijadual pada Disember nanti, namun Sabrina sudah ‘dirisik’ keluarga­nya.

“Saya sempat bertanya kepada Nabil kenapa tidak mempersiapkan apa-apa lagi untuk majlis bertunang, namun Nabil menjawab dia takut majlis itu nanti tinggal kenangan,” katanya di sini semalam.

Jenazah Muhammad Nabil Zikry selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, di sini semalam.

Dalam pada itu, Nur Imanina mengharapkan siasatan dilakukan secara telus terhadap pemandu kereta tersebut, sehingga menyebabkan mereka kehila­ngan insan tersayang.

Menurutnya, pemandu tersebut diharap dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran atas tindakan yang dilakukannya sekiranya dia didapati bersalah kelak.

“Nyawa adik saya tidak boleh dikembalikan lagi.

“Kami sekeluarga termasuk pihak perempuan semestinya mahukan keadilan atas apa yang terjadi.


BEGINILAH keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai kelmarin.

“Kalau boleh, biarkan pemandu tersebut ditahan lebih lama lagi, tidak cukup hanya sehari.

“Kami juga mempersoalkan bagaimana dia boleh memandu kereta dalam usia sebegitu dan kenapa tidak dipantau keluar­ganya,” katanya.

Kelmarin, seorang pemuda dan bakal tunangannya maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai akibat kemalangan dengan sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 16 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta yang dipandu remaja tempatan terbabit dari arah pulau menuju ke Perai disyaki telah melanggar belakang sebuah lori.

Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan merempuh motosikal yang dinaiki Nabil dan ­Sabrina.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pemandu terbabit telahpun dibebaskan dengan jaminan polis selepas Mahkamah Majistret membenarkan reman ke atasnya selama sehari kelmarin.

“Polis telah merekodkan ke­terangan daripada pemandu terbabit.

“Kita juga telah mengambil sampel darahnya untuk dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang bagi menjalani ujian alkohol dan dadah.

“Saman juga kita telah keluarkan ke atas ibu remaja terbabit disebabkan kecuaiannya kerana membenarkan anak­nya menggunakan kenderaan tanpa ­lesen,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ga-bersama-di-sana/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046279 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list